G-Shock MR-G Shougeki Maru, Jam Flagship Berharga RM40K, Boleh ‘Connect’ Dengan Telefon Pintar

Penghasilan jam tangan yang didakwa mempunyai kelebihan tahan terhadap goncangan dan hentakan, G-Shock, terus berkesinambungan.

Ini kerana jenama G-Shock ternyata memiliki ramai peminat tegarnya tersendiri.

Sebelum ini mereka menghasilkan siri kolaborasi G-Shock x Dragon Ball Z untuk kelas pertengahan, dan kini Casio beralih ke varian G-Shock kelas teratas ataupun flagship.

Siri MR-G kini dibuat dalam varian terbaru MRG-B2000SH Shougeki-Maru.

Jam tangan ini dibuat dengan inspirasi dari helmet kabuto tradisional yang dipakai oleh samurai di Jepun.

Hebatnya, bahagian bezel pada jam tangan ini diukir dengan tangan oleh pekerja logam Masao Kobayashi.

Beliau merupakan pakar dan seorang pengukir logam yang sangat hebat. Hasil kerjanya sangat teliti dalam usaha menghasilkan satu karya yang menggabungkan seni pembuatan dengan seni ukiran.

Kobayashi turut memasukkan gambar seekor naga yang mendongak ke langit. Jam tangan ini juga menampilkan estetika helmet kabuto Shougeki-Maru.

G-Shock menggunakan pembalut ion coklat sebagai saduran dan warna biru untuk memberikan penampilan yang kukuh serta tali biru yang menawan.

Casio mengatakan jam tangan ini dibuat untuk membangkitkan semangat kemuliaan dan kepekaan estetika seorang komandan samurai.

Seiring dengan reka bentuk berkualiti tinggi ini, MRG-B2000SH juga dapat disambungkan ke telefon pintar melalui sambungan Bluetooth.

Jam tangan ini juga mampu menerima isyarat penentu waktu gelombang radio, yang bermaksud bahawa ia secara automatik dapat menyesuaikan diri dengan zon waktu yang berbeza.

Sekali lagi, jam tangan ini dihasilkan dalam jumlah terhad, iaitu hanya 400 keping, dengan harga mencecah US$ 9,720 ataupun RM40,702.50.

Dah macam harga sebijik kereta wei. Cantik tu memang cantik la. Harap peminat setia G-Shock di Malaysia ni ada rezeki lebih dan dapat koleksi jam ni.

Baca yang lain