Gabriel Jesus Terlepas Aksi Lawan Liverpool Kerana Kecederaan

Arsenal akan melayan kunjungan Liverpool pada aksi pusingan ketiga Piala FA Inggeris.

Ianya dianggap pertemuan tumpuan dan paling ‘besar’ untuk pusingan ketiga musim ini.

Namun satu berita yang kurang menyenangkan peminat Arsenal apabila penyerang utama mereka, Gabriel Jesus terpaksa terlepas aksi tersebut kerana kecederaan.

Sejak menyertai Arsenal, Gabriel Jesus seringkali dilanda masalah kecederaan. Dan ketika ini Arsenal dikatakan sedang mempertimbangkan secara serius tentang situasi masa depan pemain itu.

Menurut Daily Mail, kali ini Gabriel Jesus mengalami kecederaan di bahagian lututnya.

Peminat Arsenal berharap kecederaan ini tidak serius. Dan pada masa yang sama berharap kelab akan menandatangani seorang penyerang berkelas dunia pada Januari ini.

Hal ini kerana menurut mereka, Gabriel Jesus terlalu kerap cedera dan boleh memberikan impak besar kepada baki kempen Arsenal musim ini.

Gabriel Jesus merupakan pemain yang sangat berbakat terutama sekali dalam kefahaman dalam sistem permainan high pressing.

Namun seringkali terlepas aksi kerana masalah kecederaan dan kecergasan.

Eddie Nketiah kini antara nama yang dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Gabriel Jesus.

Pada masa yang sama, nama Kai Havertz juga dijangka boleh dijadikan false 9 sekali lagi.

Beberapa minggu lalu, Arsenal terikat 1-1 dengan Liverpool ketika aksi EPL di Anfield. Dan perlawanan tersebut berlangsung sangat sengit.

Kedua dua pasukan dijangka akan melalui satu lagi aksi yang sengit dalam aksi Piala FA kali ini.

Selepas ini kedua dua pasukan bertemu lagi dalam satu lagi aksi EPL di Emirates, pada awal Februari.