Gabriel Martinelli Yang Dilabel Klopp Sebagai ‘Talent Of The Century’

Hari ni nak ulas sikit tentang remaja wicet Arsenal bernama Gabriel Martinelli.

Selepas aksi menentang Liverpool di Anfield, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melabel Martinelli sebagai ‘Talent of The Century’ / Bakat Dalam Abad Ini.

Klopp berkata: “Sepp Van Den Berg juga bermain dengan baik sekali. Cuma sangat sukar nak mengawal budak ni, Martinelli ni sebaya dengan dia. Tetapi Martinelli ni adalah bakat besar pada abad ini.”

“Beliau penyerang yang sangat hebat,” jelas Jurgen Klopp.

Beliau merupakan penyerang. Dan dalam beberapa perlawanan musim ini banyak menjadi no.9

Gabriel Martinelli ni ketika ini menjadi remaja yang terhangat di pasaran Eropah buat masa ini untuk peledak gol.

Mana tidaknya, pada usia 18 tahun beliau sudah menjadi antara pencetak gol utama pasukan Arsenal.

7 gol daripada 7 penampilan untuk Arsenal dalam semua pertandingan, pada usia 18 tahun. Beliau turut menggegar Anfield dalam aksi 5-5 hari tu.

Kau tengok rekod kat atas tu. Arsenal ada petugas yang sangat baik untuk penggiliran penyerang.

Dan untuk pengetahuan korang, budak ni masih belum memulakan sebarang perlawanan EPL musim ni. Jadi tiada gol kat EPL lagi la.

Martinelli mengakui beliau merupakan peminat tegar Cristiano Ronaldo.

Arsenal mendapatkan Martinelli dari kelab Ituano di Brazil dengan bayaran perpindahan yang tak didedahkan.

Namun laporan pak cik bawang di Eropah menyatakan Arsenal membayar sehingga £6 juta untuk Martinelli.

Arsenal mendapat banyak persaingan nak mendapatkan Martinelli ni. Namun Arsenal berjaya mendapatkan Martinelli.

Kekuatan budak ni pada pandangan saya adalah ketenangan beliau pada usia yang sangat muda. Itu menunjukkan kematangan beliau dalam perlawanan.

Beliau juga memiliki kualiti poaching / naluri dalam kotak penalti yang sangat baik.

Ketika di Ituano, Martinelli menjaringkan 10 gol daripada 34 penampilan. Rekod yang baik untuk budak 16 – 17 tahun.

Beliau juga memiliki skil dan kelajuan yang baik untuk menewaskan pertahanan.

Martinelli ni masih muda. Semua perkara beliau masih ada ruang yang banyak untuk beliau tingkatkan.

Walaupun ketika ini Arsenal ada beribu satu masalah, Martinelli tetap salah satu perkara terbaik dalam pasukan mereka.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.