Gadis Cantik Ini Sebenarnya Uncle 50 Tahun, Berjaya Tarik Puluhan Ribu Pengikut Baharu Di Media Sosial

Seorang lelaki yang sudah berusia, sekitar 50 tahun, telah menjadi viral dan popular teruk di internet. Ini gara gara ramai yang mengikutinya kerana gambar yang diolah dengan FaceApp.

Aplikasi tersebut telah mengubah wajahnya yang jantan kasar kepada wanita cantik yang bergambar di sebelah motosikal.

Dia memuat naik beberapa siri gambar dia dengan motosikal dan menunjukkan cara cara menjaga motosikalnya dengan baik.

Pada mulanya dia suka suka sahaja berbuat demikian. Namun mendapati, wanita dalam gambar itu jauh lebih baik bergambar dengan motosikalnya. Lalu dia kemudian terus menggunakan lagi aplikasi itu.

Selain itu dia turut memuat naik gambar dengan aktiviti lain termasuk makanan dan beberapa tempat menarik.

Cara itu sangat berkesan untuk dia menarik ribuan pengikut baharu. Ada yang terciduk, dan ada yang mengikutinya selepas mengetahui apa yang dia buat itu kelakar.

Siaran televisyen di Jepun telah membongkar, sebenarnya ‘gadis’ itu adalah lelaki yang sudah berusia.

Zonggu memberitahu hos rancangan TV itu bahawa dia ingin menaikkan pengikutnya di media sosial dan percaya orang lebih suka melihat “wanita cantik muda” daripada “pak cik” tua dengan motosikal.

“Tidak ada yang akan membaca apa yang biasa dilakukan oleh lelaki pertengahan, menjaga motosikalnya dan mengambil gambar di luar, dan menulis di akaun media sosialnya,” katanya.]

Itulah media sosial, diharap korang tidak mudah tertipu dalam dunia yang penuh pancaroba ini.

BACA JUGA:

Kisah Sang Maharani Kantoi Pakai Filter Untuk Tampil Persis Kpop Idol & Mengaut Lebih RM58K Daripada Subscribers

Salah seorang ‘streamer’ popular dan ‘hot’ di China bernama Qiao Bi Luo Sama ataupun Maharani Qiao Bi Luo telah terkantoi apabila wajah sebenarnya terdedah, gara-gara kegagalan filter pada telefon pintar beliau.

Bi Luo memulakan karier sebagai streamer di Douyu sejak 17 Jun 2019. Dan selepas itu, beliau menjadi streamer yang paling tinggi diikuti oleh peminat.

Bi Luo banyak berkongsi aktiviti permainan videonya di salurannya. Dengan wajah yang putih melepak dan ala-ala gadis Kpop, maka ramailah pengikut yang memberikan sumbangan kepadanya.

Qiao Bi Luo Sama memiliki suara gadis yang comel dan sepanjang dia menjadi streamer, beliau telah menggunakan filter yang menampakkan beliau seorang yang comel dan gadis idaman semua lelaki.

Pada hari ini banyak sekali aplikasi penapis wajah yang membantu penggunanya mengubah wajah sama ada nak bertukar jantina, nak jadi lebih muda, nak jadi lebih tua dan sebagainya.

Kecomelan Bi Luo membuatkan ramai pengikutnya menggelarnya Lolita. Ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menyokong channel sang Maharani.

Pada suatu hari, nasib Qiao Bi Luo Sama tidak baik. Telefonnya mengalami ralat pada fungsi filter. Tanpa beliau sedari, Qiao Bi Luo meneruskan sesi strim bersama seorang lagi rakannya.

Rakan atas taliannya itu awalnya agak terkejut. Namun beliau meneruskan sesi itu kerana mahu menjaga hati Qiao Bi Luo.

Paling menarik, dalam sesi yang sama Qiao Bi Luo Sama berjanji akan mendedahkan wajahnya tanpa filter, jika beliau mendapat 100,000 pelanggan saluran.

Para pengikutnya mulai tergelak kerana mereka baru sahaja melihat wajahnya yang dianggap seperti seorang nenek. Imej dan video itu ditukarkan dan Qiao Bi Luo Sama telah memadam saluran strimnya dan meninggalkan platform.

Ternyata Maharani adalah wanita pertengahan usia yang menyamar menjadi wanita 20-an.

Sepanjang menjadi penstrim tegar, Bi Luo dipercayai menjana sekitar $14,000 ataupun sekitar RM58,000.00 kerana mendapat banyak sokongan daripada peminat tegarnya.

Perkara itu mengundang banyak kecaman. Ada juga yang berada sangat menyesal kerana selama ini tertipu dan memberikan hadiah kepada Qiao Bi Luo Sama.

Mereka menganggap ini adalah satu penipuan dan fraud.

Ada juga meminta pulang wang sumbangan mereka. Tak kurang juga yang rasa menyesal tak sudah kerana selama ini menganggap mereka melayan seorang wanita comel.

Bagi kami, lebih baik jadi diri sendiri. Dan selamat berjaya kepada semua streamer yang ada di dunia ini.

Cuba tengok Maharaja Soloz kan, rileks je tak payah nak menipu orang.

Ini bukan kes biasa di China dan di mana sahaja di dunia. Sebelum ini seorang IG Famous kantoi menipu peminatnya dengan edit gambar melampau dan dia pulak yang balik nak saman orang yang mendedahkan perkara sebenar.

Kes Rosa Yin

Seorang IG famous dengan nama Rosa Yin/@Enrosa telah memadam akaun instagramnya. Ini kerana dia kantoi menyunting gambarnya agar menjadi lebih kurus dan slim.

Pic Shows: Instagram blogger Rosa Yin;
A disgraced blogger selling dietary products via Instagram has deleted her account after an earth-shattering ‘behind-the-scenes’ snap revealed she had been Photoshopping her pictures to make herself look skinny.

Malah sebelum ini Rosa Yin turut galak mempromosikan beberapa produk untuk jadi kurus ‘macam dia’.

Ketika sedang bergambar untuk dimuat naik ke dalam IG, Ada pihak yang melihat Rosa Yin sedang berposing maut dekat sebuah kereta mewah.

Pic Shows: Instagram blogger Rosa Yin’s latest snap showing her posing next to a Mercedes-Benz;
A disgraced blogger selling dietary products via Instagram has deleted her account after an earth-shattering ‘behind-the-scenes’ snap revealed she had been Photoshopping her pictures to make herself look skinny.

Gambar tersebut memaparkan Rosa Yin bukannya kurus seperti dia di IG. Dia melakukan suntingan yang sangat ekstrim, jauh daripada rupa dia sebenar.

Gambar itu telah menjadi bualan ramai di IG terutama sekali di kalangan pengikutnya yang kecewa. Ada yang mempersendakannya.

Pic Shows: A secret behind-the-scenes snap of Instagrammer Rosa Yin appeared to suggest she had been Photoshopping her pictures;
A disgraced blogger selling dietary products via Instagram has deleted her account after an earth-shattering ‘behind-the-scenes’ snap revealed she had been Photoshopping her pictures to make herself look skinny.

Akibat malu, Rosa Yin telah melancarkan perang untuk mencari dalang tersebut dan bertekad mahu menyaman mereka yang bertanggungjawab di atas penyebaran imej itu.

Namun malang sekali Rosa Yin tak dapat mencari siapakah orangnya. Rosa Yin turut mengugut sesiapa sahaja yang memuat naik dan berkongsi imej tersebut – bakal dilaporkan ke balai polis.

Dan akhir sekali dia menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat kepadanya tentang orang yang mengambil gambar dan menyebarkannya.

Rosa menulis: “Jika korang ada melihat ada orang yang berkongsi gambar yang diambil secara curi, berikan saya maklumat nombor telefon, dan maklumat peribadi mereka.”

“Nanti aku bagi korang ganjaran TWD2,000  [RM287]. ”

“Dan jika korang dapat tahu siapa yang sebenarnya mengambil gambar itu, saya akan bagi TWD16,800 [RM2,410].”

“Inilah peluang korang nak buat duit.”

“Jika ada kawan korang yang berkongsi gambar ini di media sosial mereka, korang boleh screenshot, maklumkan kepada saya. Kamu akan dapat ganjaran juga.”

Rosa menjual produk untuk menguruskan badan menerusi platform e-commerce, Shopee.

Rosa turut menggunakan instagram untuk memperomosikan produk tersebut dan memberikan testimoni tentang keberkesanan produk.

Sehinggalah dia kantoi dengan gambar yang tak disunting. Ramai orang Taiwan membincangkan perkara itu di ruangan forum atas talian.

Akibat sudah rasa buntu dan kecewa, Rosa akhirnya memadamkan akaun IG nya. Namun sebelum itu, dia sempat memberitahu bahawa dia ada urusan di balai polis.

Baca yang lain