Gadis England Ini Terkejut Qatar Ternyata Paling Selamat Untuk Wanita Berbanding England

Semakin ramai peminat yang percaya Piala Dunia Qatar 2022 yang mengharamkan alkohol perlu dijadikan contoh untuk perlawanan bola sepak di negara lain yang menganjurkan pertandingan bola sepak.

Terbaru seorang aktivis wanita berkata larangan penjualan alkohol berhampiran stadium bola sepak telah membantu mengurangkan ketegangan yang boleh mencetuskan pergaduhan.

Ellie Molloson, yang turut terlibat dalam kempen HerGameToo, pada mulanya agak takut untuk pergi ke Qatar kerana banyak membaca tentang masyarakat Qatar yang tidak mesra pelancong dan terlalu tertutup. Dia juga risau dengan keselamatan wanita selepas seringkali dimomokkan bahawa negara Islam seperti Qatar menindas wanita.

Bukan itu sahaja, Ellie Molloson juga pada awalnya tidak pasti bagaimana bola sepak harus ditonton tanpa alkohol kerana ia sudah menjadi budaya di England.

“Saya harus mengatakan bahawa datang ke sini adalah satu kejutan yang sepenuhnya,” kata wanita berusia 19 tahun itu kepada The Times.

“Tiada siulan gatal bunyi serigala atau seksisme dalam apa jua bentuk.”

Ellie memberitahu bahawa semua ketenangan itu berlaku di Qatar, negara yang seringkali dituduh “mengamalkan diskriminasi” terhadap wanita.

“Sebagai gadis yang membesar di England, saya tak pernah percaya bahawa akan ada tempat di dunia ini, kita pergi keluar, tanpa berlaku gangguan seksual.”

“Namun Qatar 2022 berjaya mencapai apa yang saya tak pernah terfikir pun selama ini.”

“Saya tak dengar langsung sebarang siulan gatal dari lelaki di jalanan mereka. Saya berasa sangat selamat di sini.”

Kemudian  peminat wanita tersebut mendapati stadium lebih mesra daripada yang mereka jangkakan sebelum ini.

Kini, ramai peminat wanita Inggeris yang lain, bersama-sama Molloson, percaya bahawa Piala Dunia Qatar ini harus menjadi model untuk permainan dan budaya bola sepak di England.

“Saya mempunyai semua prasangka tentang apa yang akan saya temui di sini,” kata Moloson.

“Realiti bukan seperti itu. Saya tidak mengalami gangguan seksual yang saya alami di England. Saya tidak tahu bagaimana mereka mewujudkan suasana ini tetapi ia adalah persekitaran yang menakjubkan.”

Bapa Molloson, yang datang ke Qatar kerana bimbang tentang anaknya, berkata, “Saya keluar bersamanya terutamanya untuk menjaga Ellie, tetapi sebaik sahaja saya melihatnya, terus terang, saya tidak perlu bersusah payah nak ikut dia ke mana mana lagi.”

Molloson bukan satu-satunya. Ada Jo Glover yang tidak pernah ketinggalan menonton perlawanan pusingan akhir Piala Dunia sejak edisi di Afrika Selatan pada 2010. Dia menyarankan agar pengharaman alkohol di perkarangan stadium harus diteruskan di masa akan datang dalam pentas pertandingan Piala Dunia.

“Suasana di sini terasa kurang berpuak. Semua orang memakai warna [pasukan] mereka dan tidak ada masalah,” kata Glover kepada akhbar British.

Qatar memang tidak mahu berlembut atau bertoleransi dengan alkohol di kesemua venue Piala Dunia 2022. Ini termasuk di luar stadium.

Oleh sebab itu, pengeluar rasmi bir untuk Piala Dunia 2022, Budweiser mahu menyaman FIFA selepas FIFA terus gagal meyakinkan Qatar untuk mengubah sedikit peraturan berkaitan alkohol.

Presiden FIFA, Gianni Infantino kemudian berkata: “Kalau kamu tak minum bir selama 3 jam, saya pasti kamu akan terus hidup.”

“Banyak negara lain di Eropah mengharamkan alkohol di dalam stadium, antaranya Perancis.”

“Namun oleh kerana di sini negara Islam, maka ianya menjadi isu besar buat kamu.”

Sebelum ini beberapa penyokong England, turut menyatakan mereka terkejut dengan keramahan masyarakat Qatar dan kemudahan yang mereka dapat walaupun menginap di kem penempatan peminat yang murah. Mereka masih ada akses wifi berkelajuan tinggi, tempat tidur selesa dan air panas.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.