Media sosial ini kadangkala sangat kejam. Seorang gadis remaja hanya mampu menangis dan kecewa dengan kecaman dan ejekan dia terima di TikTok.
Ianya hanya kerana dia memuat naik video kegembiraannya meraikan beg mewah pertamanya dibeli dari kedai Charles oleh ayahnya.
Troll yang dia terima di TikTok memang melampau. Ada yang memperlekehkannya sebagai gadis yang tak kenal dengan beg berjenama atau sebaliknya dengan komen melabel dia sebagai try hard.
Pemilik akaun bernama @Zohtaco yang dikenali sebagai Zoe, menyatakan dia tidak menyangkan dia akan menerima troll dan buli di media sosial hanya kerana dia meraikan dan menghargai beg tangan yang dibelikan ayahnya.
Gadis berusia 17 tahun itu menulis kapsyen: “Terima kasih ayah” sambil menunjukkan beg tangan warna hitam yang dibelinya.
@zohtaco thank you dad 🥹
Dia kemudian memuat naik satu video menyatakan makna ‘mewah’ atau mahal itu adalah berbeza bagi setiap orang.
Untuk keluarganya yang bukan dari kalangan orang senang, beg tangan SGD80 itu dianggap cukup mahal.
Dia berkata: “Ketika kami baru berpindah ke Singapura [dari Filipina], kami tak mampu nak beli roti dari BreadTalk, benda tu dah biasa.”
“Setiap kali kami lalu di hadapan kedai tertentu, ibu bapa saya akan cakap, ‘lain kali’. Tetapi ‘lain kali’ itu tak pernah kunjung tiba.”
“Komen kamu menunjukkan betapa angkuhnya kamu kerana kekayaan kamu miliki.”
“Bagi kamu beg berharga S$80 bukanlah beg mewah tetapi bagi saya dan keluarga saya, ianya jumlah yang banyak.”
Dia tidak dapat menahan sebaknya dan berterima kasih kepada ayahnya yang sanggup membelikannya beg itu, di mana ayahnya bekerja keras untuk mendapatkan wang lebih untuk membolehkan dia membelikan Zoe beg tersebut.
@zohtaco Replying to @cressy i am so happy and grateful for you, that you can consider charles and keith not a luxury. also btw if you google it, lots of sources do classify them as a luxury brand. so.
Video Zoe itu mendapat perhatian sekali lagi daripada warga TikTok yang kemudian tampil mempertahankannya.
Di platform media sosial lain, mereka turut meminta Zoe bersabar dan memahami apa yang dia maksudkan.
Seorang menulis: “Saat dia cakap dia berterima kasih kepada ayahnya kerana bekerja keras untuk membahagiakannya dengan membelikan beg tangan itu, saya dah menangis, teringat arwah ayah saya yang sentiasa cuba membelikan saya sesuatu yang boleh menggembirakan saya.”
Seorang lagi menulis: “Cara kamu bercakap dan menghargai ayah dan ibu kamu bukti kamu dibesarkan dengan baik.”
Dan seorang lagi berkata: “Betullah kata kamu tu Zoe, tak semua orang mampu membelanjakan SGD80 untuk seutas beg tangan. Ianya kategori mewah bagi saya.”
Ada juga yang menulis: “Tidak kisahlah beg kamu dari jenama apa, ianya adalah beg daripada kasih sayang ayah kamu, tiada Channel atau Hermes yang boleh menandingi kasih sayang ayah kamu, Tumpang gembira dengan kamu.”
Cerita Zoe itu mendapat perhatian daripada pemilik Charles & Keith yang juga merupakan orang Singapura.
Mereka bertemu dengan Zoe dan mengajak gadis remaja itu makan tengahari bersama sama. Difahamkan ibu dan ayahnya juga dijemput.
Jurucakap Charles & Keith menulis: “Hati kami luruh melihat komen pada video Zoe, tiada tempat untuk pembulian di atas talian atau di luar sana. Namun kami sangat kagum dengan sikap lemah lembut dan nilai insaniah ada padanya ketika mengendalikan situasi ini.”
“Ibu bapanya berhak mendapat pujian yang tinggi kerana membesarkan anak sepertinya, seorang perempuan yang cekal.”
“Komuniti yang menunjukkan kebaikan dan keprihatinan adalah apa yang dunia perlukan hari ini, dan itulah prinsip jenama kami.”
Zoe merasa lebih baik dan memuat naik satu lagi video penghargaan ke atas mereka yang memberikan komen menyokongnya. Ternyata di dunia ini ramai lagi manusia yang baik hati daripada yang bermulut busuk.
@zohtaco thank you takagi ramen for the treat! eternally grateful <33 AND HAPPY 14K FOLLOWERS :0!! WOAAAH