Laura Sanko menjadi pengulas wanita pertama yang bersetuju dengan pendapat Khabib Nurmagomedov berkenaan dengan gadis ring.
Sebelum ini Khabib diserang teruk ramai pihak kerana pandangannya tentang gadis ring ini.
Khabib anggap ring girl adalah benda sia sia dalam UFC
“The Eagle” mengeluarkan pernyataan yang dianggap kontroversi, kali ini, mengenai kehadiran gadis ring. Dalam satu sidang media baru-baru ini, dia mempersoalkan tradisi pertarungan itu yang sudah sekian lama dan tidak tahu apa tujuannya.
Menurut Khabib, ring girl merupakan tugasan yang paling tidak berguna dalam UFC dan hanyalah berbentuk hiburan.
Khabib merasakan sesuatu harus dilakukan dalam mengubah tradisi dalam pertandingan MMA di seluruh dunia. Kenapa mesti ada ring girl?
Tetapi sudah pastinya pendapat itu akan mengundang reaksi berbeza daripada netizen di seluruh dunia. Ada yang menerima pandangan tersebut ada yang mengecam balik kerana menurut mereka itu adalah satu pekerjaan dan gadis gadis ini sendiri yang dengan gembira dan rela melakukannya.
Sebelum ini tular satu video menunjukkan ring girl yang mahu bergambar dengannya, Khabib meminta dia untuk menutup badannya dengan baju lebih sopan.
#Throwback 🤔
When a ring-girl wanted to take a picture with #Khabib 💪
The Champ made her to cover up.
On the slide down below, he shared what he thinks about having ring-girls in his own promotion #EFC pic.twitter.com/dULis6OjTB— Khalil Alzamer (@Khalilmeng) August 25, 2021
“Lihat, saya tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa. Gadis ring adalah orang yang paling tidak berguna dalam sukan seni mempertahankan diri,” kata Khabib dalam sidang media Eagle Fighting Championship baru-baru ini.
“Apa fungsi mereka? Sedangkan kamu dapat menunjukkan bahawa ini adalah pusingan kedua di skrin.”
“Adakah mereka mengembangkan sukan ini? Atau mereka membantu orang untuk melihat bahawa ini adalah pusingan kedua sekarang? Apa yang mereka buat? Tolong beritahu saya.”
“Saya sedar bahawa itu adalah sebahagian daripada sejarah tradisi. Namun dari sejarah juga kita belajar tentang kesilapan. Kita membaca sejarah untuk mengelakkan kesilapan masa lalu pada masa depan. Sekiranya kita melihat dalam sejarah, ia mengatakan bahawa mereka adalag tidak ada fungsi pun. Itu adalah pendapat peribadi saya. ”
Khabib berkongsi pengalaman menonton pertarungan langsung dengan ayahnya, dan bagaimana kehadiran gadis ring yang seksi ini membuatnya “tidak selesa.” Untuk itu, dia mahukan “elemen pertunjukan” seperti itu dipisahkan dari sukan tempur.
“Wanita (wanita) ini lalu di dalam gelanggang dan menunjukkan kepada orang bahawa ini adalah pusingan kedua. Tetapi tidak ada pung yang melihat (kad yang mereka bawa). Saya merasa tidak selesa dengan ayah saya,” tambah beliau lagi.
Seterusnya, Khabib menegaskan dia tidaklah menentang tradisi itu, dan kalau boleh, masa dia bertarung, dia tak mahu gadis gadis itu lalu di dalam gelanggang melewatinya.
“Saya tidak menentangnya. Tetapi jika anda ingin melakukannya, jangan paksa dia lalu depan saya [dalam ring], buatlah kat sudut yang lain. Dekat tempat yang ditetapkan untuknya.
“Saya rasa kita tidak boleh mencampurkan semuanya. Ini adalah pendapat peribadi saya. Kita mengembangkan sukan ini, itu yang pertama sekali. Pasti ada beberapa elemen pertunjukan yang kita perlukan. Orang mahu datang dan menonton, ini menarik bagi mereka. (Tetapi) saya rasa adalah tidak betul untuk mencampurkannya. ”
Tiada ring girl di EFC
Khabib yang berusia 32 tahun kini merupakan promoter pertarungan dan mengajurkan Eagle Fighting Championship sendiri. Dan jika anda menjangkakan akan melihat gadis ring ini dalam acara yang akan datang pada 17 September, anda mungkin tidak akan dapat.
“Ada orang yang datang untuk melihat (wanita) ini, maka maaf untuk anda, ianya tak ada pada 17 September. Anda boleh abaikan acara ini jika mahu melihat gadis ring,” katanya sambil berseloroh namun serius.
“Sekiranya anda ingin melihat pertarungan atlet dunia terbaik, anda berada di tempat yang tepat, pada 17 September. Ia berlangsung CSKA Arena. Dengan cara yang sama, ada tempat di Moscow di mana anda boleh datang, membayar wang dan menonton semuanya. Adakah saya betul?” kata beliau cuba menyemak semula faktanya.
Respon ring girl
Kenyataan Khabib Nurmagomedov tentang ring girl itu telah mendapat perhatian daripada beberapa orang ring girl. Salah seorang daripadanya ialah Daria Shokovplyas.
Daria Shovkoplyas, ketua persatuan ring girl profesional Project Hollywood, menentang pandangan itu dan berkata bahawa ring girl adalah elemen penting dalam sukan tempur ternasuk tinju.
Daria berkata: “Maksud saya di sini, kalau kamu faham pertarungan MMA atau tinju – ianya sukan yang sangat ganas. Ketika kamu menyaksikan aksi sarat dengan keganasan sepanjang pusingan, pada satu masa kamu mahu bertenang dan lebih warna.”
“Audien ini perlu dialihkan perhatian mereka. Secara semulajadi, penonton akan tertarik dan teralih perhatian mereka dengan kehadiran ring girl.”
“Ini adalah salah satu elemen pertunjukkan, sebab pertarungan MMA itu sendiri sudah berbentuk pertunjukkan pada masa ini.”
Laura setuju
Laura Sanko tampil dengan menyatakan bahawa dia sangat setuju dengan pandangan Khabib. Kerana menurutnya, Khabib bukan menyerang secara peribadi mana mana ring girl.
Dia cuma mengkritik budaya tersebut di dalam sukan MMA yang tidak begitu jelas apa fungsi mereka.
Laura berkata:”Saya rasa dia bercakap tentang perbezaan budaya.”
“Saya rasa kita semua harus menerima bahawa ianya adalah pandangan yang harus dihormati sebagai pandangan peribadi. Semua orang berhak bercakap pandangan masing masing.”
“Dia bercakap tentang, kenapa perlu ada ring girl di dalam promosi dan acara UFC? Itu masih lagi berlandaskan hak dia untuk bercakap sebagai bekas atlet dan individu.”
“Jika dia dengan spesifik menyatakan nama mana mana ring girl, saya akan menjadi orang pertama yang akan menghentam Khabib untuk mempertahankan mereka [kerana gadis ini hanya bekerja].”
“Rasanya pandangan ini lebih kepada satu bentuk idea. Bagi beliau, dia tak merasakan budaya seperti ini sesuai, jadi saya menghormatinya.”
“Saya berpendapat, Khabib dalam hal ini sangat bagus dan bercakap atas kapasiti hak yang dia ada untuk menyuarakan pandangan.”