Gadis Ini Pernah Digelar Pengemis Tercantik Di Dunia Yang Sebenarnya Anak Jutawan

Mengemis biasanya dilakukan oleh mereka yang tidak berdaya untuk bekerja. Dan dalam keadaan yang sangat terpaksa kerana kemiskinan. Ini termasuk juga mereka yang hilang pekerjaan dan terdesak untuk mencari wang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Biasanya pengemis dikaitkan dengan imej yang kotor ataupun tidak terurus atau badan mereka berbau.

Namun di China terdapat seorang pengemis pula dianggap pengemis tercantik di negara tersebut. Nama pengemis itu Han Biyao.

Kisahnya sangat popular kira kira sedekad yang lalu dan digelar pengemis tercantik di dunia.

Dia turut menulis pada nota: “Saya berasal dari Hunan, saya seorang wanita yang cantik semulajadi, berperawakan tinggi, dan saya memilih untuk mengemis di sini daripada mencari pekerjaan, semoga diberkati jiwa yang baik [yang menderma].”

Ramai yang awalnya keliru, sama ada itu satu eksperimen sosial atau sebagainya.

Sebenarnya Han Biyao lahir dalam keluarga orang yang kaya raya. Ayahnya seorang jutawan.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Han Biyao dan ibunya jatuh miskin. Ini kerana hutang ayahnya sangat banyak dan bertimbun. Ibunya pula jatuh sakit tenat.

Han Biyao dilaporkan bekerja di sebuah kafe selepas kematian ayahnya. Namun dia dipecat.

Selepas itu, dia memutuskan untuk mengemis. Dia lebih selesa untuk menjadi pengemis berbanding dengan mencari pekerjaan lain.

Kerana dia mendapati dengan mengemis, dia mendapat lebih banyak wang daripada bekerja di restaurant atau kedai runcit.

Bukan itu sahaja, beberapa media mulai melaporkan bahawa Han Biyao bercadang menjual keperawanannya.

Perkara itu bukanlah perkara yang pelik di China. Kerana ramai gadis yang terdesak sanggup berbuat begitu demi wang.

Ada yang simpati. Ada juga yang menganggap kisah itu sengaja direka untuk memburukkan nama Han Biyao yang mulai menjadi popular dan ibarat pengemis selebriti.

Beberapa tahun selepas itu, tiba tiba tular gambar Han Biyao bercuti dengan memandu kereta dan tinggal di hotel mewah.

Pastinya, tidak lama selepas itu, netizen kembali dikejutkan dengan kemunculan foto Han Biyao dengan penampilan yang berbeza sama sekali.

Dia turut memuat naik gambar gambar seksi.

Ramai yang mulai merasa diri mereka tertipu terutama sekali yang pernah simp kepada Han Biyao dan mempertahankannya selama ini.

Ini kerana netizen mulai mengesyaki Han Biyao hanyalah satu karakter ciptaan untuk mempromosi jaket yang dipakainya yang turut menjadi perhatian umum ketika itu.

Tetapi ada juga yang percaya bahawa Han Biyao sudah berjaya mendapat kehidupan yang lebih baik kerana usahanya sendiri sehinggakan dia sudah tidak perlu mengemis lagi.

 

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang