Gadis Jepun Ini Bebas Selepas 9 Tahun Dikurung Penculik

Seorang remaja berusia 19 tahun, Fusako Sano telah diculik pada 9 tahun yang lalu. Ketika itu dia baru berusia 10 tahun.

Sano telah dikurung oleh penculiknya, dan dia terlalu takut untuk melarikan diri.

Penculik tersebut mengurungnya di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya. Dia membelikan mangsa culiknya itu makanan, menggunting rambutnya dan memberikannya pakaian lelaki.

Pada Sabtu, 25 Januari 2000, akhbar Asahi di Jepun melaporkan bahawa Sano kebanyakan masa dia dihabiskan dengan menonton tv.

Sano memberitahu dia sudah beberapa kali cuba melarikan diri, namun selepas itu berputus asa kerana segala usahanya sia sia.

Ketika berusia 9 tahun, Sano ketika itu darjah 4, dia pergi menyaksikan perlawanan besbol di sekolahnya. Dan dia telah diculik oleh seorang leaki.

Keluarganya berusaha mencarinya dan melaporkan kepada pihak berkuasa. Namun usaha mereka menemui jalan buntu.

Bermacam macam spekulasi yang muncul berikutan peristiwa itu.

Sehinggakan mereka merasakan sudah tiada harapan lagi. Tidak tahu apa sebenarnya berlaku kepada anak perempuan mereka.

Pada 24 Januari 2000, seorang lelaki membuat laporan polis tentang gangguan di hospital oleh seorang lelaki lain.

Polis bergegas ke tempat kejadian dan menangkap seorang lelaki bernama Mizuno.

Mizuno ada masalah gangguan mental. Ketika itu dia membawa Sano ke hospital.

Rupa-rupanya Mizuno tiada hubungan persaudaraan dengan Sano. Dan polis mendapat tahu Sano adalah remaja yang dikurung di rumah oleh penculiknya.

Remaja yang dahulunya anak perempuan yang dilaporkan hilang. Polis terus menyelamatkan Sano dan menangkap Mizuno.

Sano memberitahu polis: “Saya diculik oleh seorang lelaki di kawasan berhampiran sekolah dan dia memaksa saya masuk ke dalam keretanya.”

“Selama sembilan tahun saya tidak keluar langsung dari rumahnya. Hari ini pertama kali saya keluar.”

Sano dibawa ke hospital oleh Mizuno selepas pitam dan tak bermaya.

Sano kemudian disatukan semula dengan keluarganya. Apabila ibunya melihat anaknya kembali di depan matanya, terus dia memeluk anaknya dan menyebut namanya berkali kali.

Polis sedang mencari identiti sebenar Mizuno. Nama tu polis bagi kat dia ketika dalam tahanan.

Selepas siasatan mereka mendapati nama sebenar Mizuno ialah Nobuyuki Sato.

Polis kemudian pergi ke rumah tempat Mizuno tinggal terletak di Niigata, 160 batu dari Tokyo di kawasan barat laut Jepun

Paling mengejutkan, rumah itu berdekatan dengan balai polis Kyodo iaitu kira-kira 600 meter sahaja.

Dia tinggal bersama ibunya. Dan ibunya tak tahu anak lelakinya ada menyembunyikan anak perempuan orang lain di tingkat atas rumahnya.

Anak lelakinya seorang yang agresif dan mengancam sesiapa sahaja yang mahu naik ke atas. Sebab itu ibunya tak pernah pergi ke atas rumah mereka. Hmmm…