Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya memberikan nama kepada coronavirus yang mengelakkan ada unsur perkauman dan stigma. Lalu COVID-19 dipilih.
Walaupun inisiatif yang sangat baik oleh WHO, ia masih akan mengambil sedikit masa sebelum beberapa manusia di dunia ini menghentikan mentaliti yang tidak rasional.
Salah satu contohnya adalah, apa yang dilakukan oleh seorang tuan rumah di Perth, Australia dengan penyewanya yang merupakan seorang gadis dari Malaysia.
Gadis tersebut dipercayai baru balik bercuti Tahun Baru China. Dan ketika balik ke rumahnya di Australia, rumah itu sudah dikunci dengan notis bahawa ia dikunci kerana koronavirus.
Tuan rumah tersebut percaya bahawa gadis tersebut ada membawa koronavirus kerana baru pulang dari Malaysia.
Gadis itu balik ke Malaysia pada 24 Januari dan kembali semula ke Perth pada 4 Februari. Namun ini notis yang menyambut kepulangannya: “Amaran! Dilarang melepasi kawasan ini, rumah ini dikunci kerana koronvirus.”
“Oleh kerana kegagalan kamu untuk terus berhubung dengan saya – dan dengan darurat yang diisytihar oleh WHO, maka kamu tidak lagi dialu-alukan di rumah ini.”
“Sila hubungi saya. Kerana saya sudah cuba hubungi kamu banyak kali tetapi gagal.”
Barang-barang gadis itu juga diletakkan di luar pangsapuri yang beliau sewa itu.
Menurut gadis itu, beliau tidak menerima sebarang panggilan ataupun mesej daripada tuan rumah ketika di Malaysia.
Dia hanya menerima mesej itu ketika tiba di Australia.
Dalam mesej itu tuan rumah menyatakan: “Kamu memutuskan untuk pulang ke kampung halaman untuk Tahun Baru Cina, ketika koronavirus sedang merebal.”
“WHO sudah mengisytiharkan darurat dan saya telah mengambil keputusan untuk menukar kunci rumah dan meletakkan semua barang kamu di luar. Saya mengambil tindakan ini kerana prihatin kepada keluarga dan rakan saya.”
Malaysian student evicted from Perth, Australia home over Coronavirus fearshttps://t.co/f7QfyT4l2i pic.twitter.com/TQpfeivZsP
— HopClear (@HopClear) February 14, 2020
Gadis itu hanya pulang ke Malaysia. Dan ketika dia pulang, Malaysia tiada kes kematian kerana koronavirus. Sehingga ke hari ini hanya 19 kes dilaporkan di Malaysia.
Gadis Malaysia tersebut bernama Helen, dan beliau sangat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku.
Malaysian student 'Helen' returned from a trip home to visit family recently to find this note taped to her front door in Atwell – her landlord kicked her out over unfounded fears of coronavirus. "I was so confused and upset. I feel so sad." @Russell_Woolf @NadiaMits #perthnews pic.twitter.com/5v1nwNibYV
— ABC Perth (@abcperth) February 12, 2020
Malah, WHO memuji langkah yang diambil oleh Malaysia dalam menangangi koronavirus.
Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam, dan Singapura berkata kepada Bernama: “Kami dapat melihat semua maklumat itu, dan maklumat tersebut segera dikeluarkan di media sosial dan laman web Kementerian Kesihatan, jadi saya fikir mereka melakukannya dengan baik.”
“WHO juga sentiasa berhubung, berkongsi maklumat seperti garis panduan terkini. Dan mereka telah menggunakannya. Mereka bersedia, berani dan rajin.”
Gadis Malaysia membuat laporan polis. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat meneruskan siasatan kerana tidak ada perjanjian rasmi dengan tuan rumah.