Baru-baru ini, Nike telah melancarkan koleksi baju renang terbaru mereka.
Terdapat rekaan yang berbentuk full coverage ataupun tutup habis. Kalau di Malaysia kita sebut tutup aurat.
Ianya tampil dengan rekaan lebih ringan, dengan ditambah lagi penambahbaikan teknologi kitaran udara di dalam keluaran kali ini.
Selain itu, Nike juga menegaskan baju renang ini cepat kering dan memiliki perlindungan UPF 40+.
Baju renang tersebut membolehkan wanita muslimah yang mahu menjaga aurat mereka mendapat pilihan untuk baju renang yang sesuai dengan mereka.
Ia juga membolehkan muslimah berhijab dan ada legging.
Apa yang lebih menarik, terdapa model dari Malaysia dalam promosi Nike pada kali ini. Beliau bernama Arinna Erin Wira yang kini menuntut di UK.
View this post on InstagramA post shared by Arinna Erin Wira (@arinna.erin) on
Nike dalam kenyataan mereka menyatakan mereka peka dengan permasalah beberapa golongan wanita terutama sekali yang muslim yang terpaksa melupakan aktiviti seperti renang.
Hal ini kerana mereka sensitif dalam hal tampil dengan imej yang terbuka di khalayak.
Lalu Nike cuba membantu agar semua orang dapat berenang di mana sahaja dengan rekaan mereka.
Dengan itu kini wanita yang tidak mahu mendedahkan kulit mereka kepada khalayak boleh berenang seperti orang lain.
Renang merupakan salah satu aktiviti yang sangat baik untuk kesihatan dan juga riadah.
Berita gadis Malaysia yang terlibat dalam kempen Nike itu juga telah mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang ramai tumpang gembira dengan pencapaian Arinna.
And this model right here ladies and gentleman, is Malaysia’s very own @ArinnaErin ! So proud of her, being one of the model for @Nike’s first range of modest swimwear. This is a big deal 🙌🏻 Malaysia represent 🇲🇾 https://t.co/ItSnqAADjU
— Att Yusof (@attyusof) December 10, 2019
Ramai yang mengucapkan ucapan tahniah kepada gadis tersebut dan berharap mereka akan terus berjaya dalam kariernya.
Nike merupakan syarikat gergasi pengeluar barangan sukan di dunia. Mereka sudah lama tampil dengan inovasi untuk gadis berhijab.
Sebelum ini baju renang Nike Pro Hijab pernah dikeluarkan pada 2017.
Di lapangan olahraga Nike sudah lama mengeluarkan baju trek yang menutup aurat. Ianya pernah digunakan oleh beberapa atlet di lapangan sukan berkelas dunia.
Satu langkah yang harus dipuji dilakukan oleh pihak Nike. Kerana memberikan wanita lebih banyak pilihan selepas ini.