Brittney Palmer bukan nama asing dalam dunia UFC. Walaupun dia bukan petarung UFC namun dia merupakan salah seorang gadis ring yang paling popular di dunia selain daripada Arianny Celeste.
Malah dianggap paling seksi dan comel oleh para peminat UFC. Brittney Palmer menjadi gadis UFC sejak 2005 lagi. Dianggap antara gadis ring paling penting dalam francais yang dimiliki oleh Dana White itu.
Brittney Palmer sudah banyak kali memenangi Gadis Ring Terbaik Tahunan di anuhera MMA. Rupanya yang menawan dan juga kelakuannya yang ramah dan kelakar membuatkannya sangat mudah untuk didekati.
Oleh kerana kesibukannya dengan acara UFC, Brittney ternyata tidak ada masa untuk berpacaran. Dan kini gadis octagon itu sudah sedia untuk membuka pintu hatinya kepada mana mana lelaki yang menepati ciri ciri yang dimahukannya.
Sebenarnya Brittney pernah berkahwin dulu. Namun perkahwinannya retak apabila suaminya, Aaron Zalewski memukulnya dan menghentakannya di katil. Aaron dikatakan cemburu dan mendesak Brittney untuk meninggalkan kerjayanya.
Mereka bercerai pada 2015. Dan selepas itu Brittney seolah olah tidak memikirkan soal lelaki secara serius walaupun ada dikaitkan dengan beberapa jantan.
Usianya yang sudah 34 tahun, bukannya muda, maka sudah tiba masanya untuk Brittney Palmer memikirkan soal teman hidup sekali lagi selepas peristiwa lalu yang membuatkan dia trauma.
Bercakap kepada MyMMANews yang dihoskan oleh John Eric Polli, Brittney yang kelakar juga berharap lelaki yang kelakar akan dapat menjadi teman hidupnya.
Brittney Palmer berkata: “Saya sukakan lawak. Saya suka lelaki yang faham lawak saya dan dia tergelak mendengar lawak saya. Pada masa yang sama, saya seorang yang sangat suka ketawa, menggeletek orang dan suka mengusik.”
“Jadi saya mencari lelaki yang kelakar untuk dijadikan teman hidup.”
Selain itu Brittney menetapkan syarat bahawa, lelaki kelakar itu haruslah lebih tinggi dari 5 kaki 5 inci. Ini kerana dia hanya berketinggian 5 kaki 5 inci, saiz yang dianggap agak kurang tinggi untuk wanita Amerika. Jadi dia tak mahu pasangannya lagi renek daripada 5’5 kerana dia sudah pendek menurutnya.
“Bukan sahaja kelakar ye, tapi ada satu lagi… saya ni tak tinggi sangat, saya cuma 5’5 je bah. Jadi kamu haruslah tinggi dari saya.”
Kemudian, untuk tempat firs date, Brittney Palmer lebih sukakan restaurant yang ceria dan tidak terlalu eksluslif.
“Saya maksudkan tempat yang best, bukannya terlalu mahal. Jadi fikirkanlah tempat yang bagus.”
Ditanya adakah dia akan memilih lelaki yang ada six packs. Brittney berkata itu akan menjadi kelebihan, walaupun bukan syarat wajib.
“Abs? Saya suka lelaki sado sebab saya kerja dengan UFC kan.”
Sebagai tambahan, Brittney Palmer seorang yang artistik. Bunga UFC ini suka dengan lukisan dan ada galeri lukisan di rumahnya.
@brittneypalmerart