Gaethje Perlekehkan Rekod Tanpa Kalah Nurmagomedov: ‘Dia Pernah Kalah La Dulu’

Justin Gaethje telah memperlekehkan apabila ada yang menganggap Khabib Nurmagomedov tidak mampu dikalahkan pada ketika ini. Beliau menyatakan Khabib tidaklah sehandal yang digambarkan menjelang pertembungannya dengan Nurmagomedov pada acara UFC akan datang.

Nurmagomedov akan berhadapan Gaethje dalam perebutan kejuaraan dunia kelas ringan. Ini selepas Justin menewaska Tony Ferguson dalam UFC 249.

Gaethje ketika ini menyimpan gelaran juara interim.

Nurmagomedov kini memegang rekod menang semua pertarungan dengan 28-0 di MMA (12-0 di UFC). Namun Gaethje telah menarik perhatian umum apabila mengklaim sebenarnya Nurmagomedov ‘sudah kalah’ pada pertarungan kedua ketika menentang Gleison Tibau dalam octagon.

“‘Saya rasa dia kalah dengan [Gleison] Tibau, itu hanya pandangan saya,” kata Gaethje kepada ESPN ketika ditanya mengenai Nurmagomedov.

Nurmagomedov mengalahkan Tibau dengan kiraan mata di UFC 148 pada bulan Julai 2012.

Namun, kemenangan itu agak kontroversi dan ada yang menyatakan Tibau yang patut menang. Ini termasuk Gaethje yang merasakan Nurmagomedov patut kalah dalam aksi itu.

Petarung berusia 31 tahun itu juga mendedahkan corak pertarungannya kelak untuk menewaskan Nurmagomedov. Beliau yakin akan menewaskan Khabib.

“Saya akan melakukannya dengan cara yang sama seperti yang saya lakukan untuk setiap pertarungan. Saya akan berusaha untuk menjadi diri saya yang terbaik. Saya sangat atletik,” jelasnya.

“Perkara pertama yang harus dilalui ketika kamu ketika bertarung adalah keletihan pada kaki kamu.”

“Jadi, mulai sekarang hingga saat itu nanti, saya akan banyak berlari, skipping, banyak melakukan airdyne, banyak step-up, banyak squats. Sekiranya kaki saya dalam bentuk terbaik, maka saya tidak akan letih.

“Dan jika saya tidak letih, saya boleh bangun. Dan jika saya dapat bangun, saya boleh menyerangnya. Sekiranya saya dapat menyerangnya, saya akan meneyerangnya seperti trak. Saya hanya perlu menendangnya 8 kali di betis sebelum dia terganggu.”