Gagal Balas Dendam Ke Atas Pasukan Bodo Dari Norway, Mourinho Kecam Pengadil

Jose Mourinho sedang merasai fasa turun naik sejak mengendalikan AS Roma pada musim ini.

Pengurus asal Portugis itu sudah terlibat dalam beberapa drama sejak menyertai pasukan itu pada musim panas lalu.

Dio mana Mourinho sudah pernah duduk di tempat penonton setelah dilayangkan kad merah oleh pengadil ketika pasukannya berdepan Napoli.

Itu tidak menghalangnya untuk melatih pasukannya, kerana dia bersembunyi dari belakang tempat duduk teknikal dan cuba mengarahkan pemainnya dari sana.

Kini, Jose telah menjadi tajuk utama sekali lagi selepas pasukannya Roma gagal menewaskan pasukan Bodo/Glimt dalam Liga Persidangan Europa.

Sebelum ini Roma dikejutkan Bodo dengan kekalahan besar di atas tangan pasukan Norway itu 1-6.

Di Rom, AS Roma dua kali ketinggalan di belakang dan mengikat lawan mereka. Mourinho ternyata sangat kecewa kerana sebelum perlawanan beliau berikrar mahu menang ke atas Bodo/Glimt.

Seperti biasa, Mourinho sentiasa terlibat dalam sesi wawancara yang panas setiap kali pasukannya kalah. Dan kali ini beliau mengecam pengadil perlawanan yang menurutnya harus tampil menjelaskan sesuatu.

Mourinho dan pengadil beberapa kali terlibat dalam perdebatan sepanjang perlawanan.

Oleh sebab itu Mourinho meminta pengadil menonton semula perlawanan tersebut dan melihat semula prestasi dirinya sendiri.

Mourinho menegaskan bahawa pasukannya berhak mendapat sekurang kurangnya 2 penalti dalam perlawanan ini.

“Saya rasa keputusan ini agak sukar untuk kita terima. Ini bukan prestasi terbaik kami, dan banyak melakukan kesilapan terutama sekali pada separuh masa pertama ketika bermain dari bawah.”

“Setiap kali bola berada di kaki [Jordan] Veretout atau [Ebrima] Darboe, kami hilang bola terlalu mudah.”

“Realitinya, perlawanan ini 2-2, namun dua penalti tadi adalah jelas sekali kami berhak. Sangat terang dan nyata.”

“Kamu boleh bercakap apa sahaja kamu mahu tentangnya, namun realitinya, mereka cuma ada dua percubaan tepat [on target] dan dapat 2 gol. Kita menjaringkan 2 gol dan dinafikan 2 penalti yang jelas sekali kami berhak dapat.”

“Saya tak tahu sama ada mereka memilih pengadil yang teruk dan mengarahkan pengadil ini memulakan karier mereka di Liga Persidangan Eropah.”

“Saya tidak sentuh langsung soal pengadil ketika di Norway kerana kami kalah 6-1, namun di sini hari ini, kami terang terang patut dapat 2 penalti.”’

“Pengadil harus tampil dengan penjelasan mereka namun malangnya mereka tidak pernah bercakap pun. Ayuhlah, kamu pun tahun kan?”

Keputusan seri ini menyebabkan Roma berada di tangga kedua kumpulan mereka dengan tujuh mata daripada empat perlawanan mereka.

AS Roma telah melepaskan jumlah gol tertinggi dalam kumpulan. Di Serie A, AS Roma yang awalnya dilihat mampu menjadi pencabar kejuaraan kini semakin jauh daripada pendahulu liga dengan 12 mata di belakang.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai