Gagal Berikan UCL, Galtier Dipecat PSG

PSG sudah bersedia untuk memecat Christophe Galtier daripada jawatan pengurus.

Galtier yang baru sahaja menyertai PSG dengan kontrak 2 tahun dilaporkan tidak akan berada di tepi padang lagi untuk PSG pada musim hadapan.

Aksi menentang Clemonte akan menjadi yang terakhir buat bekas pengurus Nice dan Lille itu bersama PSG.

PSG sekali lagi menjadi juara Ligue 1. Namun kejuaraan domestik sentiasa bukan KPI utama di PSG.

Sebelum ini pengurus seperti Carlo Ancelotti, Unai Emery, Thomas Tuchel dan Mauricio Pochettino semuanya dipecat kerana gagal memberikan kejuaraan UCL buat kelab itu.

Dan Galtier seperti yang dijangka, akan mengalami nasib yang sama.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila Galtier gagal menebus kegagalan di UCL dengan Piala Perancis. Di mana mereka tersingkir di tangan musuh tradisi Marseille.

Lawatan oleh bos besar PSG, Emir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani baru baru ini telah menjadi sebab kenapa Galtier dipecat.

Emir Qatar itu tidak berpuas hati dengan pencapaian Galtier. Ketika kelab itu memiliki Lionel Messi di sana, Galtier masih gagal menggunakan peluang itu untuk menjuarai UCL. Sedangkan Messi sangat cemerlang membantu negaranya menjuarai Piala Dunia.

Seterusnya Galtier mengecewakan Sheikh Tamin Al Thani kerana gagal meyakinkan Messi untuk terus kekal di PSG.

Kerana kelab itu benar benar mahukan Messi kekal.

Cara Galtier menangani isu Messi dan Neymar baru baru ini juga dianggap tidak bagus sehingga berlaku salah faham antara penyokong dengan pemain pemain itu.

Sebelum ini, Mbappe telah menggesa Christophe Galtier untuk menukar sistem permainannya. Kerana pemain itu tidak mahu bermain di posisi no.9.

Mbappe ketika itu malah mengugut mahu meninggalkan PSG jika dia terus diberikan peranan yang dia tak gemari.

Baca yang lain