Gagal Capai KPI, Pemain Juventus Tebalkan Muka Hadap Ejekan Ultras

Benfica mencatatkan kemenangan ke-12 mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas gergasi Itali, Juventus. Sekaligus meletakkan mereka mengutip sama mata dengan pendahulu Kumpulan H Liga Juara-Juara Eropah iaitu, Paris Saint-Germain.

Pasukan Roger Schmidt mengumpul enam mata sempurna daripada dua perlawanan pertama mereka selepas bangkit daripada ketinggalan menerusi gol pembukaan awal Arkadiusz Milik pada minit ke-4.

Benfica bangkit dengan 2 gol dan menang, hasil gol sepakan penalti Joao Mario dan gol oleh David Neres sembilan minit selepas separuh masa kedua bermula.

Ejekan boo dan siulan kemarahan kedengaran di sekitar Stadium Allianz selepas satu lagi persembahan yang amat mengecewakan daripada Juve, yang mana jurulatihnya, Massimiliano Allegri akan mendapat lebih tekanan daripada penyokong yang tidak berpuas hati dengannya.

Sejak musim lalu lagi Allegri sudah menerima kecaman peminat. Dianggap sudah tak relevan dan taktikal lapuk.

Allegri berkata bahawa dua perlawanan dengan Benfica akan menjadi kunci kepada sama ada Juve berjaya mara ke pusingan kalah mati dan memberikan jaminan mereka akan melakukan terbaik untuk menang.

Allegri meletakkan kemenangan ke atas Benfica sebagai permulaan untuk mereka. Allegri malah menganggap Benfica merupakan sasaran yang realistik untuk mereka tewaskan di tempat sendiri berbanding dengan 2 perlawanan timbal balik dengan PSG.

Allegri menjadikan Benfica sebagai pesaing utama mereka untuk berebut satu lagi tempat ke pusingan kalah mati. Dan merasakan bahawa PSG adalah pasukan pilihan.

Peminat Juventus menganggap perlawanan kedua ini adalah perlawanan wajib menang jika mereka mahu mara ke pusingan kalah mati. Ianya adalah KPI yang diletakkan oleh Allegri sendiri. Jadi peminat menagihnya.

Mereka bermula dengan sangat baik dengan gol awal dalam perlawanan ini.

Namun satu lagi kisah dengan skrip yang sama. Juventus rapuh dan tidak cukup tajam di hadapan gol. Mereka tidak cukup berdisiplin ketika bertahan dan memberikan penalti kepada lawan. Seterusnya tewas.

Selepas tamat perlawanan, pemain pemain Juventus memutuskan untuk mengadap seksyen penyokong mereka di kedua dua bahagian hujung padang termasuk curva yang menempatkan ultras mereka.

Pemain Juventus dengan terbuka mendengar sorakan ejekan penyokong tanda minta maaf mereka. Mereka tahu penyokong ada hak untuk marah. Ini kerana Juventus gagal mencapai KPI yang ditetapkan peminat selepas 2 aksi UCL. Di mana mereka mengutip 0 mata.

Saksikan sendiri detik pemain pemain Juve hadap sahaja ejekan puluhan ribu penyokong mereka.

Walaupun dikecam teruk, namun Max Allegri tetap tenang dan menyatakan bahawa kedudukannya di kerusi pengurus Juventus masih terjamin dan selamat.