Gagal Dapatkan Szczesny, Tottenham Mahukan Emi Martinez

Tottenham Hotspur nampaknya menjadikan penjaga gol terbaik dunia FIFA Best dan juga penjaga gol terbaik Piala Dunia 2022, Emi Martinez sebagai sasaran utama mereka.

Spurs kini masih menggunakan penjaga gol veteran Perancis, Hugo Lloris di belakang gol. Yang baru sahaja berikrar akan memfokuskan karier kelab sepenuhnya selepas mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa.

Sebenarnya Antonio Conte dilaporkan mahu mendapatkan bekas penjaga gol Arsenal Wojciech Szczesny sebagai sasaran mereka untuk menggantikan Lloris.

Namun atas semangat ke-Arsenal-annya, maka penjaga gol antarabangsa Poland itu menolak.

Juventus turut bersedia mencari pengganti Szczesny. Dengan nama seperti Donnarumma kembali dikaitkan dengan kelab itu.

Donnarumma beberapa tahun lalu pernah mendesak perpindahan ke Juventus. Namun hasratnya ditentang AC Milan. Dia akhirnya kekal di Milan dengan syarat khas, Milan harus menandatangani abangnya sekali.

Selepas itu Donnarumma menyertai PSG. Dan kini menjadi penjaga gol utama pasukan itu yang dibarisi bintang seperti Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar.

Berbalik kepada situasi Spurs, mereka berminat mendapatkan Emi Martinez. Lebih lebih lagi Martinez sudah menyatakan bahawa dia mahu bermain di pentas tertinggi seperti UCL.

Martinez yang kali terakhir memenangi trofi di peringkat kelab bersama Arsenal, sedia untuk mencari kelab yang memberikannya peluang untuk berbuat demikian sekali lagi.

Jadi Spurs yakin bahawa mereka kelab yang mampu menawarkan perkara itu.

Spurs tidak memberikan jaminan bahawa penjaga gol baharu akan dijamin tempat sebagai penjaga gol utama.

Namun Comte berjanji akan membuka persaingan kepada penjaga gol tersebut untuk menjadi no.1. Jadi tiada jaminan untuk Lloris mempertahankan tempatnya.

Spurs masih lagi dalam usaha menamatkan kemarau panjang trofi mereka terutama sekali pada era mereka memiliki penyerang legenda hidup seperti Harry Kane.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil