Barcelona dilaporkan sedia menjual pemain trengah mereka, Frenkie De Jong dengan harga lelong atau diskaun. Ini selepas pemain itu gagal mendapat tempat dalam kesebelasan Hansi Flick.
Barcelona masih gagal mencapai kesepakatan kontrak baharu dengan pemain itu. Kontrak semasa De Jong akan berakhir pada Jun 2026.
Menurut Mundo Deportivo, rundingan kontrak tersebut sukar kerana pemain Belanda itu agak sambil lewa tentangnya.
Keadaan ini membuatkan Barca mulai berfikir untuk menjual pemain itu dengan harga rendah daripada dia menjadi pemain ejen bebas yang pergi secara percuma.
Ini ditambah dengan situasi De Jong yang masih gagal secara konsisten menjadi pemain utama Barca di bahagian tengah. Dia bergelut untuk memenangi persaingan dengan bakat bakat muda seperti Pedri, Marc Casado, Fermin Lopez, Gavi dan juga Dani Olmo.
Malah Marc Bernal yang kini masih cedera dianggap berada di kedudukan lebih baik dalam pasukan Barca berbanding dengan Frenkie De Jong.
De Jong pemain yang berkualiti. Namun Flick dikatakan tidak begitu gembira dengan tahap kecergasan pemain itu untuk mengekalkan intensiti permainan pada kadar tertinggi sepanjang 90 minit.
De Jong sebelum ini seringkali dikaitkan dengan Manchester United ketika era Erik Ten Hag. Namun perpindahan ke United menjadi sukar kerana pemain itu enggan meninggalkan Barcelona.
Dia malah pernah tidak sehaluan dengan pengurusan tertinggi Barcelona kerana dianggap tidak memberikan kerjasama kepada kelab itu dalam usaha mereka mahu menjualnya untuk meringankan beban kewangan kelab.
Namun kemudian dia kembali dimahukan oleh kelab itu dan ditawarkan kontrak baharu.
De Jong pernah diletakkan harga sekitar £70 juta -£80 juta oleh Barca. Kini kelab itu sedia menerima bidaan bermula daripada £29 juta. Mereka membeli De Jong dengan nilai £72 juta beberapa tahun lalu.
Beberapa kelab EPL mulai dikaitkan dengan De Jong. Ini termasuk Liverpool yang sebelum ini mahu menguatkan lagi bahagian tengah mereka.
Manchester United juga mungkin akan kembali memburu De Jong selepas ini. Memandangkan mereka juga mahu mendapatkan pemain tengah baharu yang berkualiti.
Frenkie de Jong's asking price slashed as Barcelona prepared to sell midfielder after falling out of favor under Hansi Flick. [@goal] pic.twitter.com/NbkWPERVx2
— Football Talk (@FootballTalkHQ) December 28, 2024
Namun ianya masih bergantung kepada De Jong juga. Pemain ini sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia sangat sayangkan Barcelona. Kelab yang dia sokong dari kecil.
dan dia mahu kekal lama di kelab itu di dalam kariernya.