Gagal Jual Griezmann, Dembele, Coutinho, Barcelona Iklankan 3 Pemain Lagi Untuk Daftarkan Messi

Barcelona berusaha mengurangkan beban kewangan mereka, dan pada masa yang sama untuk memastikan status akaun mereka boleh untuk mendaftarkan kontrak baru Lionel Messi.

Usaha untuk mengeluarkan sekurang kurangnya seorang daripada senarai; Antoine Griezmann, Dembele dan Coutinho. Namun usaha itu dilihat menemui jalan buntu buat masa ini. Kerana ketiga tiga pemain masih belum terdetik untuk menerima pengurangan gaji.

Barcelona kini menyenaraikan 3 lagi pemain untuk dilepaskan. Mereka ialah Clement Lenglet, Sergino Dest dan Samuel Umtiti.

Lionel Messi sebelum ini sudah setuju dengan kontrak 5 tahun. Menerima 50% pengurangan gaji daripada kontrak sebelum ini.

Namun Barca masih belum dapat mendaftarkan nama pemain itu secara rasmi kerana La Liga masih tidak memberikan kebenaran, selagi lagi mereka tidak mengurangkan lagi kos operasi kelab serta hutang mereka.

Sebenarnya Barcelona boleh sahaja mendaftarkan Messi kerana pemain itu menerima pengurangan gaji yang besar, namun situasinya rumit apabila Barcelona mendaftarkan Aguero, Eric Garcia dan terbaru Memphis Depay.

Griezmann calon terbaik, namun enggan kurang gaji

Griezmann sebelum ini dianggap calon paling utama untuk dikorbankan selepas Atletico sendiri setuju dengan swap deal dengan Saul.

Griezmann juga turut bersedia untuk menerima perjajian pertukaran pemain itu. Malangnya Atletico dikatakan tidak mampu membayar gaji Griezmann kerana pemain itu enggan menerima pengurangan gaji.

Seterusnya, situasi menjadi lebih rumit apabila Saul mulai tertarik dengan tawaran dari kelab England.

Sebelum itu, Griezmann pernah ditawarkan ke Man City, kerana kelab itu mencari pengganti Aguero. City menolak untuk menandatangani Griezmann kerana Guardiola dilaporkan lebih berminat dengan Halaand mahupun Harry Kane.

Coutinho diarahkan cari kelab baru

Coutinho dibeli dengan harga yang sangat tinggi dari Liverpool tiga tahun lalu.

Beliau mendesak perpindahan ke Nou Camp, kerana kelab itu adalah kelab yang diminatinya dan kelab impiannya dari kecil.

Malangnya dia mengalami banyak kesulitan di Barcelona termasuk masalah kecederaan.

Lebih teruk, beliau kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan Brazil.

Coutinho kemudian dipinjamkan ke Bayern Munich, namun kelab itu tidak sanggup membayar klausa pembelian tetap Coutinho yang agak tinggi. Membuatkan pemain itu terus terkontang kanting.

Coutinho tampil cemerlang ketika membantu Bayern menjuarai UCL musim 2019/20 termasuk prestasi luar biasa ketika membantai Barcelona 8-2.

Namun itu tidak cukup untuk meyakinkan Bayern bahawa beliau pemain tepat. Barcelona dilaporkan mensasarkan kelab EPL untuk menyambar Coutinho kerana kekuatan ekonomi kelab di England untuk membayar gaji beliau – terutama pada musim pandemik ini.

Ronald Koeman sebelum ini memberikan sedikit harapan buat Coutinho apabila menyatakan beliau akan cuba memberikan peluang kepada pemain tersebut.

Tetapi jelas sekali Coutinho sekali lagi kena scam dan harus memikirkan kelab lain.

Marseille antara kelab yang sangat berminat dengan Coutinho selain daripada beberapa kelab lain. Seterusnya AC Milan mahu mendapatkan pemain itu menggantikan Hakan Calhanoglu.

Namun Rossoneri tidak mampu membayar gaji semasa Coutinho jika pemain Brazil itu tidak mahu menerima pengurangan.

Musim lalu Leicester dan Arsenal juga memantau rapat perkembangan Coutinho.

Bukan sahaja Coutinho, malah Barca menyenaraikan Griezmann dan Dembele untuk dibida mana mana pasukan untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

Barcelona malah mempertimbangkan tawaran serendah GBP20 juta sekalipun, selepas membayar GBP140 juta untuk membeli pemain itu.

Situasi Ousmane Dembele tidak banyak bezanya dengan Griezmann. Di mana pemain tersebut gagal menepati harapan yang tinggi oleh Barcelona.

Beliau kerap cedera. Itu merumitkan lagi Barcelona menjual pemain tersebut pada harga tinggi. Ditambah dengan gaji pemain itu yang tinggi.

3 pemain disenaraikan

Lalu Barcelona kini berusaha mengeluarkan 3 pemain. Lenglet merupakan pemain bek tengah yang menjadi pemula perlawanan dalam 29 penampilan musim lalu dan merupakan pemain antarabangsa Perancis.

Aksi beliau di Euro agak mengecewakan dan Barca dikatakan mulai meragui kemampuan pemain itu menjadi pengganti Gerard Pique pada masa panjang. Kemasukan Eric Garcia membuatkan tempat Lenglet mulai terancam.

Seterusnya, ‘team’ pemantau bakat RonaldoKoeman telah menandatangani Emerson dari Real Betis.

Bayern Munich, yang dikaitkan dengan Dest sebelum Barca menandatanganinya. Seterusnya, Inter Milan, yang memerlukan pengganti Achraf Hakimi, kedua dua kelab dilaporkan berminat.

Setersunya ialah Samuel Umtiti. Kelab lama beliau Lyon berminat dengan Umtiti, namun dihalang oleh faktor gaji. Di mana pemain itu masih mahu kekal di Barca dan enggan menerima pengurangan gaji.

Barcelona masih menunggu ada kelab yang menwarkan harga yang terbaik untuk 3 pemain tersebut.

Barcelona kini berdepan dengan beban hutang sekitar EUR1.1 billion. Semuanya kerana kegagalan pengurusan Bartomeu dalam pengurusan kewangan.

Di mana pada era Bartomeu, Barcelona terlalu banyak membeli pemain bintang yang mahal. Seterusnya semakin tak peduli untuk membangunkan bakat bakat sendiri dari La Masia seperti sebelum ini.

Bukan itu sahaja, impak pandemik ini memburukkan lagi keadaan kerana kelab kehilangan sumber daripada kutipan hari perlawanan.

Baca yang lain