Gagal Mara Dalam Kumpulan Dianggap Mudah, Peminat United Kecewa

Manchester United gagal mara ke pusingan 16 akhir malah turut gagal untuk beraksi di pentas UEL kerana berada di tangga tercorot kumpulan A.

Ini selepas mereka cuma menang sekali seri sekali dan kalah 4 kali. Prestasi United di UCL musim ini memang mengecewakan di mana dalam beberapa perlawananan sebelum ini mereka gagal menang aksi yang mereka sudah mendahului.

Manchester United dalam misi sukar untuk mara. Di mana mereka wajib menang ke atas Bayern Munich dan mengharapkan perlawanan antara FC dan Galatasaray berakhir seri.

Bertempat di Old Trafford Man United gagal sekali lagi intuk menewaskan Bayern Munich. Di mana jarongan tunggal Kingsley Coman pada separuh masa kedua membolehkan Bayern menamatkan saingan kumpulan tanpa sebarang kekalahan.

Bayern juga berjaya memastikan mereka menang back to back ke atas Manchester United walaupun sebelum perlawanan ini mereka dibelasah Eintracht Frankfurt 5-1.

Peminat Man United benar benar bengang dengan prestasi Man United setelah pasukan mereka gagal mara ke kalah mati dengan kumpulan yang ada FC Copenhagen dan Galatasaray.

Lebih sukar diterima apabila gagal ke Europa League.

Dalam pada itu FC Copenhagen mengiringi Bayern ke pusingan kalah mati. Sementara Galatasaray akan bersaing di kalah mati UEL.

Man United selepas ini akan berkunjung ke Anfield untuk bangkit daripada dua kekalahan terakhir mereka di tangan Bournemouth dan Bayern Munich di tempat sendiri.