Manchester City dilaporkan semakin hampir mendapatkan Omar Marmoush secara rasmi. Pemain itu juga sudah mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Eintracht Frankfurt.
Pakej keseluruhan yang dibayar Man City mencecah €80 juta untuk pemain tersebut – menurut laporan Fabrizio Romano.
🥹❤️ only in Frankfurt! #SGE | #SGEBVB pic.twitter.com/XdKyghF9dg
— Eintracht Frankfurt (@Eintracht) January 17, 2025
Seorang lagi wartawan, Patrick Berger mendedahkan bahawa pecahan bayaran perpindahan adalah €75 juta bayaran asas dan €5 juta lagi adalah bonus.
Pemain itu akan menerima gaji sekitar €16 juta semusim secara kasar dan gaji bersih selepas cukai adalah €10 juta.
Di Frankfurt, dia ketika ini menerima hanya €2 juta gaji kasar dalam setahun.
Angka itu sangat jauh bezanya. Bayangkan gaji bersih dia di City selepas ini 5 kali ganda daripada gaji kasarnya di Bundesliga.
Omar Marmoush merupakan penyerang yang boleh bermain di posisi penyerang kedua, no.10 dan penyerang utama. Dia asalnya penyerang inside forward di sebelah kiri. Namun kemudian menjadi pemain yang bermain secara bebas di Frankfurt.
Pemain antarabangsa Mesir itu menjadi bakat yang menarik perhatian banyak kelab besar. Akhirnya dia dilaporkan sudah memutuskan mahu menyertai Manchester City.
Omar Marmoush – 2024/25 pic.twitter.com/jEoMVyEp1S
— 🫵🏽 (@idoxvi) November 13, 2024
Pemain itu dijangka akan menjadi penyerang kedua di belakang Erling Haaland. Atau dia bermain sebagai no.9 apabila Haaland tidak dapat bermain.
Manchester City cuba untuk bangkit pada separuh kedua pada musim ini. Selepas prestasi kurang memberangsangkan mereka pada awal musim.
Setakat ini, termasuk Omar Marmoush mereka sudah mendapatkan 3 orang pemain untuk diserap terus ke dalam skuad mereka untuk memperkuatkan semula pasukan mereka.