Gaji Bola Sepak Ronaldo Cuma €75 Juta Setahun, Namun Bagaimana Dia Mendapat €200 Juta Setahun

Terdapat persoalan, sama ada betul ke Ronaldo mendapat pendapatan sekitar €200 juta di Al Nassr.

Sedangkan laporan ESPN menyatakan bahawa, gaji superstar Portugal itu cuma €75 juta semusim.

Ronaldo rasminya diperkenalkan sebagai pemain baharu Al Nassr.

Dia menyatakan sudah tak sabar untuk beraksi bersama pasukan baharunya.

“Saya teruja untuk mengalami liga bola sepak baharu di negara berbeza,” kata Ronaldo dalam kenyataan Al-Nassr yang mengumumkan perjanjian itu.

“Visi tentang apa yang dilakukan dan dibangunkan oleh Al Nassr di Arab Saudi sama ada dari segi bola sepak lelaki dan wanita sangat memberi inspirasi.”

“Kita dapat lihat daripada prestasi Arab Saudi di Piala Dunia baru-baru ini bahawa ini adalah sebuah negara yang mempunyai cita-cita bola sepak yang besar dan banyak lagi potensi.”

“Saya bertuah kerana saya telah memenangi segala-galanya yang saya impikan untuk menang dalam bola sepak Eropah dan merasakan sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman saya di Asia.”

“Saya sudah tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan saya yang baru dan bersama-sama mereka untuk membantu kelab untuk mencapai kejayaan.”

Presiden Al Nassr menganggap ianya hari lebih daripada sejarah.

“Ini lebih daripada sejarah dalam pembikinan,” tambah presiden Al-Nassr Musalli Almuammar.

“Ini adalah penandandatangan yang bukan sahaja akan memberi inspirasi kepada kelab kami untuk mencapai kejayaan yang lebih besar tetapi memberi inspirasi kepada liga kami, negara dan generasi akan datang, lelaki dan wanita untuk menjadi versi terbaik diri mereka.”

“Beliau adalah pemain bola sepak yang istimewa dan orang istimewa yang impaknya dirasai jauh melebihi bola sepak.”

“Cristiano menyertai kelab yang mempunyai cita-cita besar, sebuah kelab yang kompetitif serta antara yang terbaik di Asia dan akan dialu-alukan ke negara yang membuat kemajuan besar di luar padang dengan peluang untuk semua.”

“Tetapi pertama sekali, kami tidak sabar untuk melihatnya dalam jersi nombor 7 Al Nassr dan melakukan yang terbaik, menjaringkan gol, memenangi gelaran dan membawa kegembiraan kepada mereka yang menyukai permainan yang indah.”

Ronaldo menerima tawaran €200 juta secara keseluruhan dalam kontraknya.

Gajinya adalah €75 juta sebagai gaji asas. Dan bakinya dalam bentuk bonus serta hak imej.

Hak imej itu adalah tajaan. Jadi dia akan menjadi muka utama untuk pasukan itu dari sudut komersial di seluruh dunia.

Secara asasnya, €80 juta adalah bonus yang sah akan menjadi milik Ronaldo dalam semusim. Dengan syarat dia menghabiskan tahun kontraknya.

Jadi kini ada kira kira €55 juta lagi. Ini adalah bonus yang tidak tetap. Berkaitan dengan tajaan komersial serta insentif yang lain. Kesemua bonus tersebut dijanjikan boleh capai.

Kontrak Ronaldo ini adalah kontrak terbesar pernah ada dalam dunia bola sepak. Dan kemungkinan juga, kontrak terbesar melibatkan atlet.

Ronaldo meninggalkan Manchester United sebelum bermula Piala Dunia 2022 dengan penamatan kontrak atas persetujuan bersama.

Ronaldo awalnya mahu terus kekal di Eropah dan bermain di UCL. Namun tiada tawaran yang tiba untuknya kerana faktor gajinya terlalu tinggi.

Al Nassr menawarkan kontrak luar biasa kepada Ronaldo dan berharap pemain itu akan datang ke Arab Saudi.

Ronaldo akhirnya bersetuju dan menikmati gaji yang sangat lumayan.

Kontrak Ronaldo bersama Al Nassr dilaporkan sehingga 2025. Dengan Ronaldo berharap akan bermain di Euro 2024 serta Piala Dunia 2026 yang akan datang.

Ronaldo merupakan penandatanganan terbesar pernah dibuat oleh kelab Asia memandangkan dia memiliki 5 Ballon d’Or di kabinet rumahnya.

 

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.