Gaji Dan Messi, Antara Sebab Kenapa Neymar Kembali Dalam Perancangan PSG

Paris Saint-Germain dilaporkan mula berubah fikiran kerana kontrak Neymar. Sebelum ini PSG cuba menjual Neymar, tetapi kini mereka sedia akur menerima hakikat bahawa pemain itu tidak dapat dijual kerana situasinya terlalu rumit.

Prestasi kurang memuaskan Neymar dan masalah kecergasan yang melandanya antara sebab kenapa PSG mahu melepaskan pemain itu.

Neymar dikatakan sangat kecewa dengan kenyataan presiden PSG, Nasser Al Khelaifi sebelum ini yang mempersoalkan prestasinya.

Khelaifi malah dengan terbuka menyatakan bahawa kelab tidak memberikan jaminan bahawa Neymar akan kekal.

Seterusnya PSG menilai bahawa Neymar bukan lagi teras kepada projek mereka. Namun dia menerima gaji sangat besar.

PSG menjadikan Mbappe sebagai teras projek mereka yang baharu. Dan mereka sudah bertanya kepada Mbappe, sama ada pemain itu ok atau tak kalau kelab menjual Neymar.

Mbappe sudah memberitahu bahawa dia tiada masalah dengan perkara itu.

Neymar memberitahu ayahnya yang merupakan ejennya, bahawa dia mahu pergi, tetapi dia meletakkan syarat yang sukar. Di mana Neymar sudah menjelaskan bahawa dia tak menerima pengurangan gaji. Dia sedia berpindah, dengan syarat kontraknya harus menyamaai apa yang dia dapat di PSG.

Agak mustahil mencari kelab yang mahu membayar gaji Neymar. Kontrak semasa Neymar masih ada sehingga 30 Jun 2025 atau berbaki tiga tahun.

Pada usianya 30 tahun, PSG tidak melihat Neymar akan menjadi pemain yang mereka harapkan lagi dalam 2 atau 3 tahun lagi. Sebelum ini mereka mendapatkan Neymar dengan rekod dunia daripada Barcelona, sebagai salah satu langkah untuk mengejar UCL.

Tetapi selepas beberapa musim bekerjasama, Neymar masih gagal membantu PSG menjuarai UCL.

PSG mendapat tahu bahawa ada beberapa kelab terkemuka Eropah juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Brazil itu.

Nama-nama seperti Chelsea, Manchester United dan Newcastle United dilaporkan berminat menggunakan khidmat Neymar.

Dengan baki kontrak yang masih agak panjang, kelab yang ingin membawa masuk Neymar jelas perlu berbelanja agak besar untuk menampung gaji pemain itu walaupun PSG sedia melelongnya.

Oleh itu, PSG dilaporkan memilih untuk mengubah fikiran mereka untuk mengekalkan Neymar pada musim panas ini.

Selain itu, PSG juga menilai situasi ini mungkin akan memberikan impak kepada Lionel Messi. Agak sukar untuk Messi menerima kehilangan 2 sahabat karibnya dalam 1 masa yang sama.

Messi baru sahaja kehilangan Angel Di Maria yang rasminya tidak melanjutkan kontrak dengan PSG.

Dan sekarang, Messi pasti akan terasa kesannya jika Neymar juga dilepaskan.

Dengan mengambil kira faktor seperti itu, PSG sedia untuk menyertakan Neymar dalam perancangan pasukan mereka sekali lagi. Dan pengurus baharu PSG harus melakukannya.

Baca yang lain