Gaji Paul Pogba Didedahkan, Jauh Lebih Rendah Daripada Di Manchester United

Dalam satu dokumentari, Paul Pogba dilihat kecewa apabila Manchester United hanya menawarkan £300,000 seminggu.

Dia ketika itu menerima £290 ribu seminggu. Kenaikan hanya £10 ribu dianggap sebagai tawaran yang tidak menunjukkan bahawa Man United benar benar serius mahukan pemain itu kekal.

Lalu Pogba memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya dan menegaskan bahawa dia akan membuatkan Man United hampa dengan tawaran yang sekecil itu.

Difahamkan Paul Pogba mahukan sekitar £500,000 seminggu. Gaji yang setara dengan Cristiano Ronaldo.

Pogba kemudian meninggalkan Manchester United secara percuma. Dia menyertai semula Juventus. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Juventus tidak mampu menandingi gaji yang ditawarkan oleh Man United kepadanya atau lebih besar.

Juventus hanya boleh menandatangani semula Pogba jika pemain itu menerima pengurangan gaji yang banyak berbanding £290 ribu seminggu di Old Trafford.

Pogba harus faham bahawa Juventus sedang berdepan masalah kewangan yang kritikal dan perlu berjimat cermat bagi memulihkan semula ekonomi mereka.

Pogba setuju dengan syarat menerima pengurangan gaji. Ini kerana dia sangat sayangkan Juventus yang pernah ditinggalkannya dulu.

Di mana kelab itu membantunya berkembang pesat sebagai bakat elit di Eropah.

Dan laporan terbaru menyebut bahawa kontrak semasa Pogba di Juventus hanyalah £160 ribu seminggu sahaja. Secara asasnya dia menerima £7 juta semusim dengan £2 juta lagi bonus tambahan.

Angka itu benar benar mengejutkan ramai. Pogba yang pernah meminta sehingga £500 ribu seminggu di Man United ternyata sanggup menerima gaji sekitar £160 ribu sahaja.

Pogba disambut dengan meriah sekali ketika mendarat di Turin.