Gallas Anggap Kempen Arsenal Gagal Jika Tak Juara EPL Musim Ini

William Gallas sekali lagi terlibat kontroversi dengan Arsenal. Kali ini dia memberikan pandangannya tentang projek Mikel Arteta.

Jika Pep Guardiola menyatakan bahawa projek Arteta di Arsenal baru sahaja bermula dan akan berterusan selepas ini, Gallas pula berpendapat berbeza.

Menurutnya, apa yang dikecapi Arsenal sekarang adalah kerana kemerosotan prestasi pasukan lain seperti Chelsea dan Liverpool serta Man United.

Itu yang membuatkan Arsenal menjadi pencabar kejuaraan liga. Seterusnya Gallas menganggap kempen Arsenal musim ini dikira gagal jika gagal menang EPL.

Walaupun skuad muda Mikel Arteta sudah berjaya kembali ke UCL musim hadapan dan berjaya bersaing dalam kejuaraan liga yang sukar sehingga ke akhir kempen.

Gallas mengingatkan Arsenal agar mereka harus menjuarai EPL musim ini kerana musim depan mereka sudah tak ada peluang itu lagi.

“Saya percaya bahawa sangat sukar untuk Arsenal memenangi EPL sekarang ini.”

“Saya percaya bahawa pemain Arsenal sedang terkesan dengan prestasi kurang meyakinkan mereka dalam beberapa aksi seri, walaupun mereka tak kalah.”

“Mereka mendahului 2-0 ke atas West Ham dan Liverpool dan kemudian berdepan Southampton mereka ketinggalan 2 gol dalam 15 minit pertama.”

“Untuk pasukan yang bersaing merebut kejuaraan EPL, itu tidak boleh diterima, jujurnya saya berkata.”

“Ya, mereka dapat keputusan seri, namun ianya menuntut banyak usaha dan tenaga untuk mendapatkan keputusan itu.”

“Mereka sekarang ini akan bertandang ke Man City, pasukan yang ada pengalaman memenangi EPL dan pemain mereka memiliki keupayaan sangat tinggi untuk menghancurkan lawan mereka.”

“Arsenal harus menjadi sangat kuat dan kompak di sana. Mereka harus berjuang bermati matian. Jika tidak, Man City akan menjadi juara.”

Ditanya, jika Arsenal gagal memenangi EPL musim ini, adakah kempen mereka dikira gagal?

Gallas menjawab: “Ya sudah tentunya. Ianya dianggap gagal kerena mereka benar benar hampir menjadi juara. Kejuaraan itu berada di tangan mereka untuk sekian lama musim ini. Jadi jika gagal juara, mereka akan menyesalinya sangat sangat.”

“Musim depan mereka akan beraksi di UCL dan musim ini mereka mereka musim ini menamatkan musim di tangga kedua atau juara. Namun mereka akan benar benar kecewa jika gagal menjadi juara, melihat kejuaraan itu menghilang pada beberapa baki perlawanan terakhir musim ini.”

“Saya percaya pemain dan kesemua orang dalam kelab itu benar benar kecewa kehilangan beberapa mata. Pada pandangan saya, dalam kedudukan sekaran ini, mereka sukar untuk memenangi EPL.”

Gallas merujuk kepada Man City masih ada baki 2 perlawanan dalam tangan.

Seterusnya Gallas menyatakan bahawa, musim hadapan Arsenal akan lebih sukar untuk bersaing kerana ada beberapa kelab lain yang akan bangkit

“Mereka akan mencabar kejuaraan. Arsenal tetap Arsenal, salah sebuah kelab terbaik di England. Kelab besar sentiasa mencabar kejuaraan. Saya tak risau sangat tentang mereka gagal musim depan.”

“Perkara yang saya risaukan adalah, adakah mereka akan memenanginya musim ini? Kerana ada beberapa kelab tidak menunjukkan prestasi yang baik musim ini, seperti Chelsea, Liverpool dan Man united.”

“Kelab kelab ini akan bersaing dengan Arsenal musim hadapan. Jadi, sangat sukar untuk Arsenal menang EPL musim depan.”