Beberapa bulan lalu, William Gallas menyatakan bahawa dia tidak gembira dengan pembelian Kai Havertz dan menjangkakan pemain itu akan menjadi flop.
Gallas menganggap £65 juta untuk Havertz sebagai satu pembaziran. Gallas berkata: “Sekarang ini saya sangat terkejut melihat Arsenal membelinya. Arsenal sepatutnya boleh membeli pemain lain dengan wang sebanyak itu. Sangat sukar untuk melihat Havertz berada di posisi mana di Arsenal?”
“Cara Arsenal bermain sangat berbeza dengan Chelsea. Dia tidak beraksi baik ketika ini. Saya rasa dia akan menjadi flop di Arsenal.”
Baru baru ini Kai Havertz memecah kebuntuan di hadapan gol dengan menjaringkan gol menerusi sepakan penalti. Dan ianya tidak begitu meyakinkan Gallas. Bekas pertahanan Arsenal itu malah menegaskan dia kekal dengan pendiriannya bahawa Kai Havertz akan menjadi flop.
Gallas berkata: “Jangan lupa, mereka [Arsenal] membayar wang sangat banyak untuk mendapatkan Havertz. Dan sebelum penalti ini, dia langsung tidak menyumbang apa apa kepada Arsenal setakat ini. Selepas hampir 2 bulan di Arsenal, Kai Havertz tidak buat apa apa. Dia menjaringkan gol menerusi sepakan penalti, ya benar, namun tanpa gol penalti itu, dia tak ada sumbangan langsung.”
“Penyokong mengharapkan yang lebih banyak daripadanya. Saya tidak yakin dengan Kai Havertz. Dan dia akan melalui musim yang teruk.”
Former Arsenal defender William Gallas on Kai Havertz:
"After almost two months he did nothing. He scored his penalty, but without that, he hasn’t done anything. The fans expect more from him. 🇩🇪
"I’m not convinced by Havertz. I don’t think he will have a good season." pic.twitter.com/2uVjqMq2s2
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley) October 5, 2023
Gallas bagaimanapun memuji tindakan Odegaard yang menyerahkan tugasan penaltinya kepada Kai Havertz dalam usaha membantu pemain itu mendapatkan semula keyakinannya di hadapan gol. Gallas menegaskan: “Itu keputusan yang sangat gentleman. Martin Odegaard seorang gentleman. Itu menujukkan bahawa dia ambil peduli tentang rakan sepasukannya dan hubungan dengan mereka.”
William Gallas on Martin Odegaard handing penalty responsibility to Kai Havertz:
"That was the decision of a gentleman. Martin Odegaard is a gentleman. 🇳🇴
"That shows you how concerned Odegaard is about his team mates and the relationship that he has with them." pic.twitter.com/OO12t276Ca
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley) October 5, 2023