Galtier Cakap Neymar Ada Masalah Untuk ‘Travel’, Tetapi Dia Berada Di Acara F1?

Semasa sidang medianya. Christophe Galtier berkata sebab Neymar tidak berada dalam skuad untuk lawatan ke Strasbourg adalah kerana dia mempunyai “masalah untuk travel”.

Neymar dipercayai masih menjalani rehat untuk pemulihan sepenuhnya daripada kecederaan.

Namun peminat PSG geram apabila pada hari Ahad, sehari selepas perlawanan, pemain Brazil itu dilihat di Grand Prix Monaco.

“Neymar mempunyai masalah untuk perjalanan, tetapi dia berada di sana di bilik persalinan selepas perlawanan. Jangan membuat sebarang kesimpulan”, kata Christophe Galtier dalam sidang akhbarnya pada malam sebelum perlawanan Strasbourg.

Dua hari kemudian, pemain Brazil itu berada di Monaco, yang terletak hampir 700km selatan Paris, untuk menghadiri Grand Prix Formula 1 bersama rakan kongsi Red Bull.

Walaupun bintang itu mempunyai hak untuk pergi ke mana-mana yang dia suka semasa cutinya, apa yang dikatakan Galtier pastinya menimbulkan persoalan tertentu mengenai situasi semasa pemain itu.

Peminat kemudian menuduh Galtier sebagai penipu dan suka membuat kesimpulan sendiri.

Neymar telah memenangi satu lagi trofi Ligue 1 musim ini selepas PSG seri dengan Strasbourg pada hari Sabtu. Dia telah bermain sebanyak 20 perlawanan liga musim ini, memperoleh 13 gol.

Neymar menjadi pemain yang dikritik hebat peminat PSG sehinggakan ada kempen Anti Neymar dibuat sebelum ini. Kempen itu turut berlaku di hadapan rumahnya.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan