Galtier Didesak Rehatkan Donnarumma Kerana Dia Adalah Beban Pasukan Dan Weakest Link’ PSG

Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier, mempertahankan penjaga golnya, Gianluigi Donnarumma, yang dianggap titik lemah pasukan itu.

Gianluigi Donnarumma mendapat banyak kritikan pada separuh kedua musim ini. Dengan dia dianggap pemain yang tidak konsisten bersama PSG.

Pada perlawanan terakhir mereka sebelum ini, penjaga gol skuad kebangsaan Itali hampir membuat PSG gagal mengutip mata penuh ketika menentang Nantes dalam saingan Ligue 1 di Parc des Princes.

Ketika PSG mendahului dengan dua gol menerusi jaringan Lionel Messi (minit ke-12) dan gol sendiri Jaouen Hadjam (17′), Donnarumma malah melakukan dua kesilapan.

Dalam proses gol pertama, Donnarumma kelihatan terlalu optimis bahawa Ludovic Blas akan memberikan hantaran silang.

Ini membuatkan dia membuka ruang di near post kerana fokus pada far post.

Jangkaannya meleset. Ini kerana Blas sebenarnya memanfaatkan ruang di tiang terdekat untuk menjaringkan gol pertama Nantes dari sudut yang dianggap sukar itu.

Kesilapan pada gol kedua juga hampir serupa dengan gol pertama walaupun prosesnya berbeza.

Ketika dia menghadapi sepakan sudut Nantes, Donnarumma terlalu fokus di sebelah kiri pintu gol kerana menyangka bola akan diarahkan ke sebelah itu.

Namun, sangkaan Donnarumma sekali lagi meleset.

Bola itu diarahkan ke tiang jauh dan disambut oleh Ignatius Ganago dengan tandukan yang menghasilkan gol.

Selepas perlawanan, Donnarumma dikecam hebat. Dia dianggap ada masalah dengan antisipasi ke atas situasi.

Malah, terdapat tekanan daripada sebilangan penyokong mendesak agar penjaga gol berusia 24 tahun itu direhatkan ketika menentang Bayern Munich pada aksi kedua 16 terakhir Liga Juara Juara Eropah menentang Bayern.

Ini kerana mereka menganggap Donnarumma sebagai titik lemah dan cukup berisiko untuk PSG memberikan kepercayaan kepada bekas penjaga gol AC Milan itu.

Lebih-lebih lagi, PSG memerlukan kemenangan dalam perlawanan itu nanti.

Situasi ini memaksa PSG untuk terus fokus pada pertahanan sambil mencari dua gol.

Mendengar Donnarumma dikritik hebat, ianya membuat Christophe Galtier bersuara.

Dia mempertahankan penjaga golnya habis-habisan.

Galtier berkata: “Dia seorang penjaga gol yang boleh dipercayai, tahap yang sangat tinggi dan masih muda.”

“Kesilapan menentang Nantes, apabila ia berlaku kepada anda, ia tidak boleh berlaku lagi.”

“Ia boleh menjadi pengalaman kepada mana mana pemain.”

“Bagaimanapun, dia juga sangat cekap pada saat-saat yang sangat penting dan saya fikir dia seorang penjaga gol berkelas dunia.”

PSG dalam pemburuan piala sasaran utama mereka UCL. Mereka perlu menewaskan Bayern Munich dalam aksi kedua.

Ianya bukan tugas mudah memandangkan Bayern memiliki reputasi yang sangat baik di UCL.

Baca yang lain