Galtier Puji Kerendahan Hati Mbappe Beri Penalti Kepada ‘Second Taker’ Selepas Neymar Minta Elok Elok

Pengurus baharu PSG Christophe Galtier kagum dan memuji sikap Kylian Mbappe selepas membenarkan Neymar mengambil sepakan penalti menentang Monaco pada Ahad.

Sebelum ini Galtier menyatakan bahawa Mbappe adalah penendang penalti pilihan pertama pasukan mereka. Kedudukan Mbappe sebagai penendang pertama adalah atas pilihan Galtier. Beliau sendiri mengesahkannya.

Galtier sebenarnya memberikan kebebasan kepada pemain untuk menentukan siapa yang akan menyepak penalti. Tetapi selepas kedua-dua pemain bertelagah mengenai sepakan penalti awal musim ini menentang Montpellier, kemudian berlaku pergaduhan bilik persalinan, maka Galtier memutuskan untuk menggunakan kuasa pengurus yang ada padanya.

Neymar ketika itu merasakan bahawa dia berhak mengambil sepakan penalti kedua selepas penalti pertama Mbappe tidak masuk.

Tetapi Mbappe meminta Neymar menyerahkan bola kepadanya. Membuatkan Neymar bengang lalu menyatakan sesuatu dengan nada sinis kepada Mbappe.

Insiden itu benar benar tidak digemari peminat PSG dan Galtier sendiri.

Lalu dia memilih Mbappe sebagai first taker untuk mereka walaupun ratio Neymar jauh lebih bagus daripada Mbappe. Begitu juga pemain seperti Sergio Ramos dan Messi yang dianggap lebih baik daripada Mbappe.

Tetapi harus diingat, PSG memiliki projek sukan berteraskan Mbappe.

Namun pada aksi menentang Monaco, Mbappe memutuskan untuk membenarkan Neymar mengambil sepakan itu, tanpa perlu bertikam lidah lagi.

Penalti Neymar membantu meraih satu mata untuk Paris Saint-Germain ketika bergelut menentang Monaco.

Neymar melakukan jaringan penyamaan dari sepakan penalti menentang Monaco.

Galtier memuji kerendahan hati Mbappe. Dan berkata : “Hierarki telah ditetapkan dengan baik: Kylian nombor satu dan Neymar dua [untuk penalti].“

“Tetapi ada realiti perlawanan dan saat saya melihat mereka bertukar dan Neymar membuat keputusan untuk mengambilnya selepas berbincang dengan Kylian.”

“Saya menghargai sikap Kylian yang mengucapkan tahniah kepadanya dan Neymar yang mengucapkan terima kasih kepadanya.”

Galtier menjelaskan bahawa, dalam penalti kali ini perbalahan tidak berlaku kerana Neymar meminta penalti itu elok elok daripada Mbappe yang merupakan penendang utama dalam hierarki mereka.

Dengan itu, Mbappe pun memberikan kebenaran untuk rakan sepasukannya itu untuk melakukannya. Dan hasilnya, gol, seterusnya kedua dua pemain bersama sama meraikannya.

“Mereka adalah pemain yang hebat dan juga terpulang kepada mereka untuk memutuskan apa itu berdasarkan perasaan mereka. Perkara yang paling penting ialah Neymar bertanya dan meminta daripada dia [dengan baik] dan Kylian datang untuk mengucapkan tahniah kepadanya.”

 

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang