Galyn Susman: Ini Kisah Wanita Yang Pernah Menyelamatkan Toy Story 2 Dipecat Oleh Disney Pada 2023

Nama Galyn Susman bukannya asing di kalangan peminat filem animasi Pixar. Lebih lebih lagi, Galyn Susman pernah menjadi penyelamat kepada Toy Story 2.

Kenapa dia digelar penyelamat? Ketika itu, salinan filem tersebut telah secara tidak sengaja dipadamkan. Iany sudah 90% siap.

Tetapi Galyn telah menyimpan salinan filem tersebut padanya. Dan produser berjaya mendapatkan salinan itu kembali kerana simpanan yang ada pada Susma.

Pihak produksi sempat memberikan kredit kepada Galyn Susman kerana dia telah menyelamatkan filem Toy Story 2 yang menelan kos jutaan dollar. Dan melibatkan usaha keras ramai pihak.

Selepas kejayaan Toy Story pada 1995, Pixar memutuskan untuk meneruskan lagi projek itu dengan sekuel. Dan sekuel itu berterusan untuk beberapa siri lagi. Kesemuanya menempa kejayaan yang besar.

Siapa sangka, pada 1998, filem itu hampir sahaja musnah. Ianya berlaku apabila syarikat itu hampir kehilangan semua salinan ketika melakukan pembersihan rutin pada sistem komputer mereka. Dan pegawai yang bertugas ketika itu secara tak sengaja memasukkan arahan untuk memadamkan fail root yang turut mengandungi salinan filem itu.

Galyn menjadi penyelamat kepada Pixar. Daripada mereka memulakan proses itu semula. Atau kemungkinan terpaksa membatalkan sahaja produksi filem sekuel kedua itu.

Enam bulan sebelum peristiwa itu berlaku, Galyn Susman bekerja dari rumahnya kerana dia baru sahaja bersalin ketika itu. Dia mendapat akses kepada pangkalan data untuk Toy Story 2.

Dia sempat membuat sandaran untuk fail tersebut. Dan itulah yang membolehkan Pixar menyemak semula fail dan meneruskan kerja suntingan dan penerbitan penuh.

Susman kemudian bekerja dalam filem seperti Ratatouille, Toy Story 4 dan Lightyear.

Setelah namanya dijulang sebagai penyelamat, pada 2023, Pixar membuang 75 orang pekerjanya, ini termasuk Galyn Susman. Ianya sebahagian daripada langkah syarikat untuk mengurangkan kos operasi pleh Disney.

Di mana Susman sebahagian daripada rancangan keseluruhan Disney mahu mengurangkan 7,000 staf untuk menjimatkan USD5.5 billion.

Peminat Toy Story 2 berasa sedih apabila mendengar bahawa wanita yang telah membantu menyelamatkan salah satu filem terhebat Pixar baru sahaja dilepaskan oleh syarikat itu.

Seorang peminat berkata” “Dia sepatutnya menjawat jawatan di Pixar seumur hidup jika dia mahu.”

Manakala seorang lagi berkata ia adalah peringatan yang jelas bahawa: “Risiko dipecat itu adalah tertakluk kepada sesiapa sahaja termasuk orang yang pernah menyelamatkan syarikatnya daripada kerugian besar.”

Namun ada juga yang berharap agar Disney memberikan pampasan yang besar kepada Susman di atas pemecatannya setelah dia bekerja di Pixar sejak 1995 serta kisah ‘heroic’nya dalam menyelamatkan Toy Story 2.

Rujukan:

Ladbible

Yahoo Movies