Gambar Ronaldinho Terus Tersenyum Walaupun Dipenjara Buat Ramai Kagum

Bila agaknya Ronaldinho nak berhenti senyum? Jawapannya agak sukar untuk dijawab.

Legenda yang dikenali dengan sikapnya yang sentiasa tesenyum di atas padang, walaupun dilayangkan kad merah sekalipun.

Ronaldinho ditahan

Legenda bola sepak, Ronaldinho dilaporkan telah ditangkap di Paraguay kerana didakwa menggunakan ‘dokumentasi palsu’ berupa pasport palsu ketika memasuki negara tersebut.

Legenda Brazil ditahan bersama adiknya Roberto pada petang Rabu minggu lalu, berdasarkan laporan oleh  portal La Nacion.

Pasport dilaporkan ditemui di bilik hotel mereka, memiliki maklumat peribadi kedua – dua mereka yang tidak tepat. Di mana menurut pasport itu, mereka berdua berkewarganegaraan Paraguay.

Pasport palsu mereka menunjukkan nama sebenar, tempat kelahiran, dan tarikh lahir – semuanya tepat. Cuma satu bahagian yang sangat pelik, menyatakan mereka adalah orang Paraguay.

“[Ronaldinho dan abangnya] tidak ditahan, mereka masih berada di bawah siasatan kehakiman dan mereka perlu memberi keterangan.

Selepas ini akan diputuskan sama ada mereka akan ditangkap atau tidak,” kata Menteri Dalam Negeri Paraguay Euclides Acevedo kepada ESPN Brasil.

Ada yang berseloroh di Twitter menyatakan bahawa, memang agak kurang bijak Ronaldinho yang memalsukan kewarganegaraannya kerana semua orang kenal dia

Kenyataan Perkhidmatan Pendakwaan Negara Paraguay pula berbunyi: “Pendakwa telah menyiasat dokumen dan pasport pemain pemain Brazil, Ronaldinho.”

“Pegawai pendakwa Federico Delfino, Alicia Sapriza dan Marcelo Pecci mengetuai satu siasatan dan menjalankan operasi bersama dengan Polis Negara.”

“Ia telah dijalankan di suite presiden di Yacht dan Paraguayan Club Hotel Resort di bandar Lambare.”

“Ronaldo de Assis Moreira, alias ‘Ronaldinho’ dan abangnya, Roberto de Assis Moreira, tinggal di resort itu.”

“Menurut maklumat yang diterima, mereka memiliki pasport Paraguay ketika mereka memasuki negara ini pada petang Rabu.

“Dokumen-dokumen ini sedang dianalisis supaya kesahihannya dapat ditentukan. Dua pasport, dokumen ID kebangsaan dan telefon bimbit telah dirampas.”

“Ronaldinho dan abangnya berkata mereka telah dijemput ke Paraguay oleh Nelson Belotti, pemilik kasino Il Palazzo, yang menjadi wakil yayasan yang dipanggil Fraternidad Angelical mengenai menyertai beberapa acara kebajikan.”

“Kedua-dua beradik ini bebas untuk bergerak di sekeliling suite mereka di resort tetapi akan tetap berada di bawah tahanan. ”

Bekas pemain Barcelona kini tidak mempunyai pasport Brazil kerana ianya telah ditahan sebelum ini kerana menjalankan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen di Brazil.

Jadi beliau cuba memakai pasport Paraguay. Entah kenapa dia berbuat begitu.

Kedua-duanya gagal membayar denda £6.5 juta dan dihalang meninggalkan negara itu oleh Mahkamah Keadilan Superior Brazil. Oleh sebab itu pasport mereka ditahan

Ia tidak menghentikan pemenang Piala Dunia daripada dilantik sebagai salah seorang duta pelancongan negaranya.

Gambar Ronaldinho di penjara

Satu gambar Ronaldinho ditahan di sebuah penjara di Paraguay telah tular. Beliau ditahan atas arahan mahkamah Paraguay keranan memalsukan pasport.

Gambar gambar beliau ketika di penjara masih menampakkan beliau tersenyum dengan memakai sandal dan baju singlet.

Ronaldinho juga melayan karenah para anggota polis di situ yang ramai meminatinya.

Pada Sabtu lalu, hakim menyatakan Ronaldinho mungkin tidak akan dipenjara. Namun beliau perlu dibicarakan terlebih dahulu sebelum diterbangkan pulang ke Brazil.

Ketika di penjara, beliau diletakkan bersama dengan anggota polis lain di satu sel khas dan bukannya penjara yang menempatkan para pesalah lain.

Ini kerana kerajaan Paraguay menghormati beliau sebagai seorang bintang bola sepak dunia. Dan kehadiran beliau ke Paraguay pun atas tujuan kebajikan.

Kali ini beliau menerima undangan untuk membantu kanak kanak kelainan upaya / OKU.

Beliau mendapat jemputan daripada rakannya untuk melakukan aktiviti amal di Paraguay. Ronaldinho memang banyak melakukan amal kebajikan dalam hidupnya.

Peminat sangat kagum dengan Ronaldinho yang sentiasa tersenyum walaupun ada masalah besar dalam hidupnya. Dia tak menolak untuk diambil gambar.

Memang ramai yang merindui senyuman beliau terutama sekali apabila bola di kakinya.

Cuma masalah beliau dan abangnya adalah, menggunakan pasport palsu selepas pasport asli mereka ditahan di Brazil.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.