Gandingan Luar Biasa CR7 & Mane

Salah satu sebab utama Sadio Mane dibawa masuk ke Al Nassr adalah untuk membentuk gandingan dengan Cristiano Ronaldo.

Dan setakat ini legenda Man United dan legenda Liverpool itu benar benar serasi.

Terbaru mereka berdua telah menjadikan Al Fateh sebagai mangsa. CR7 paling mencuri tumpuan di mana dia menjaringkan 3 gol dan kemudian sempat melakukan 2 assist kepada Sadio Mane.

Salah satu daripada assistnya padu teruk, di mana pemenang Ballon d’Or 5 kali itu melakukan lay off assist dengan cara backheel.

Mane dengan mudah menyambar masuk bola.

Sebelum itu Sadio Mane turut sempat melakukan jaringan tandukan yang cantik dan melakukan keraian Siuuu di hadapan Ronaldo sendiri.

Memang pantang ada peluang Mane ni, memang dia rembat keraian member dia. Misalnya di Liverpool dia seringkali menapau keraian Roberto Firmino dan klaim itu dia punya.

Mujur Siuu ni memang satu dunia tahu milik CR7 kalau tak memang dia klaim tu. Tapi dengan nada berseloroh la.

Al Nassr dalam perlawanan ini turut memberikan debut kepada pertahanan yang mereka baru beli iaitu Aymeric Laporte.

Dan mereka menang 5-0 dalam perlawanan ini. Saksikan aksi Mane dan Ronaldo mengetuai jentera serangan Al Nassr membantai Al Fateh tanpa belas kasihan.