Gandingan

Gandingan ni sebenarnya saling melengkapi.

Safawi memang good player tetapi di JDT musim ni dia naik 1 level lagi.

Kerana ada Diogo dan Cabrera. Tak ramai kita tengok pemain import yang macam 2 orang ni sangat humble dan Tak kejar gol sangat. Mereka sangat membantu Pawi.

Ya rekod gol mereka sangat baik. Namun kalau kau tengok game kau akan tengok gol tu bukan sebab mereka terlalu kejar. Dah team mereka main bagus dan create chance.

Dalam banyak game, apabila Diogo ada 50/50 chance dia akan pergi pass ke Safawi.

Sedangkan di Malaysia, ramai Striker import panik kerana dinilai pada gol yang banyak.

Kualiti Diogo ni bagi aku memang tipikal Poacher. Tetapi dia memang team player yang bagus.

Cabrera kau jangan sebut la. Aku antara orang yang kempen mahukan TMJ sign balik dia ni dulu masa JDT cakap mungkin tak akan ambik Cabrera secara tetap.

Dia memang team player.

2 Pemain macam ni diperlukan setiap pemain tempatan kita.

Mereka improvised bakat di sekitar mereka.

Aku tahu Pawi akan skor di mana mana team. Tetapi dia tak akan dapat figure yang sama dengan apa dia dapat dengan trio ni.

Dalam aksi ACL kita tengok pemain seperti Syafiq Ahmad cemerlang. Namun kena ingat contribution Diogo. Dia tak laju tapi dia efektif dan simple player

Dia sentiasa cuba tenangkan pemain lain dengan pengalaman dia ada. Dia ambil penalti dan convert dengan tenang dan terus secara tak langsung melegakan tekanan pemain lain.

Aku suka pemain yang flair macam Diaz dan Lucero dulu. Namun in any day, pilih 3 trio ni.

Baca yang lain