Gara Gara Anjur Parti Harijadi Tanpa Pelitup Muka (Mask-Free), Usain Bolt Positif Covid

Legenda pelari pecut dunia dan pemenang lapan  pingat emas Olimpik, Usain Bolt, berada di dalam kuarantin di kediamannya di Jamaica setelah mendapat ujian positif coronavirus.

Ianya setelah Bolt mengadakan pesta ulang tahun ke-34 yang turut dihadiri oleh beberapa bintang sukan.

Pesta harijadi tersebut adalah ‘mask-free’ ataupun bebas daripada pelitup muka. Usain Bolt menganjurkan satu parti yang tidak ada penjarakan sosial.

Kementerian kesihatan Jamaica mengesahkan pada lewat hari Isnin bahawa Bolt telah terbukti positif, setelah dia menyiarkan video di media sosial pada awal hari Isnin mengatakan bahawa dia sedang menunggu keputusan ujian coronavirus-nya.

Bolt, yang mengambil ujian Sabtu selepas pesta, mengatakan bahawa dia tidak mengalami sebarang gejala, tetapi dia menyeru kepada sesiapa sahaja yang datang ke pesta dan mendekatinya, mereka perlu menjalani kuaranti di rumah dan mendapatkan pemeriksaan.

“Saya bangun pagi ini seperti biasa. Dan saya check media sosial saya menyatakan saya disahkan ada Covid-19,” kata Bolt.

“Saya sudah menjalani pemeriksaan pada Sabtu, dan saya cuba bertanggungjawab, jadi saya akan terus duduk di rumah [pengasingan diri] demi kawan kawan saya.”

“Saya tidak ada simptom, jadi saya akan mengkuarantin diri sendiri dan menunggu pengesahan, dan menunggu apa protokol seterusnya dan bagaimana cara saya mengkuarantin diri sendiri.”

“Jadi, saya nak cakap kat sini, kepada semua yang ada kontak dengan saya hari tu, kamu harus mengkuarantin diri sendiri untuk keselamatan, dan tenanglah.”

Parti harijadi Usain Bolt mendapat kritikan ramai pihak kerana ia adalah parti “mask-free” besar serta tidak menepati garis panduan keselamatan. Lebih lebih lagi Bolt merupakan atlet yang terkenal dan ramai peminat.

Sebagai seorang yang berpengaruh, ramai yang meminta Bolt lebih baik daripada itu.

Ada beberapa rakan atlet yang turut hadir ke parti tersebut termasuk bintang Manchester City, Raheem Sterling dan bintang Bayer Leverkusen, Leon Bailey.

The Guardian melaporkan bahawa Man City sudah mengarahkan Sterling menjalani ujian saringan covid sebelum dia menyertai rakan rakan yang lain dalam sesi latihan.

Bolt kesal dengan tindakannya dan mengakui dia terlalu cuai dalam perkara ini.

Bolt adalah salah seorang jumlah mangsa koronavirus di Jamaica yang semakin meningkat.

Menurut pegawai kesihatan Jamaica, peningkatan itu berlaku disebabkan oleh pembukaan semula sempadan antarabangsa serta sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Pembebasan baru-baru ini.

Pegawai tersebut juga mengatakan, ramai yang mengabaikan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan. Mereka tidak memakai pelitup muka dan tidada penjarakan sosial.

Jamaica telah mengesahkan lebih daripada 1,600 kes dan sekurang-kurangnya 16 kematian akibat koronavirus.