Gara Gara Ber-TikTok Di Hotel Pasukan, ‘Keeper’ Veteran Vietnam Kena ‘Sound’ Dengan Park Hang Seo

Jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo tidak gembira dengan seorang pemain Vietnam yang terlalu banyak masa berTikTok.

Lantas pengendali asal Korea Selata itu telah memberikan peringatan dan amaran keras kepada Bui Tan Truong menjelang Piala AFF 2020.

Penjaga gol tersebut terlalu kerap bersiaran langsung menerusi TikTok miliknya termasuk memaparkan aktiviti di kem pasukan, misalnya di perkarangan hotel dan sebagainya.

Ketika ini, Vietnam sedang bersiap sedia untuk aksi Piala AFF 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi di kota Singa.

Vietnam selaku juara bertahan mempunyai sasaran yang tinggi. Mereka mahu mempertahankan gelaran yang dimenangi pada 2018.

Vietnam sebelum ini menempuhi aksi kelayakan Piala Dunia pusingan kedua. Namun keputusan tidak memihak mereka. Ianya telah memarakkan fokus Vietnam ke atas Piala AFF.

Skuad Vietnam ketika ini berada di kem latihan kebangsaan mereka diu Vung Tau, Ba Ria.

Dalam satu sesi taklimat pasukan tiba tiba Park Hang Seo dikatakan menyatakan ketidakpuasan hatinya secara terbuka kepada Bui Tan Truong yang sering bergelek dan bersiaran langsung di TikTok.

Bui Tan Truong diketahui menyiarkan secara langsung TikTok sebelum perlawanan menentang Arab Saudi pada 16 November lalu. Penjaga gol berusia 35 tahun itu dikecam kerana tampil sebagai pemain penting namun masih menganggap tugasan penting itu sebagai cuma santai santai makan angin sambil membuat vlog.

Selepas tamat perlawanan Tan Truong kembali menayangkan siaran langsung TikTok. Di mana Vietnam kalah 1-0 untuk Arab Saudi. TheThao 247, outlet media Vietnam melaporkan bahawa Tan Truong berTikTok sehingga larut malam.

Tan Truong mahu tebus barang rare

Dia kemudian menkelaskan bahawa dia menyahut cabaran daripada seseorang yang berjanji akan meberikannya barang rare jika dia mampu melakukan cabaran tersebut iaitu merakam detik sebelum dan selepas perlawanan.

Tan Truong berkata: “Seseorang suruh saya buat siaran langsung TikTok buat sementara waktu sebelum sepak mula perlawanan, dan dia berjanji akan menghantar hadiah barang ‘rare’ kepada saya. Jadi, saya buatlah.”

Tindakan Tan Truong itu kurang disenangi ramai pihak kerana dia seharusnya menjaga tidur yang cukup dan kemudian fokus sepenuhnya kepada latihan dan membantu rakan rakannya yang lain.

Selaku pemain senior ianya dianggap tindakan yang boleh memberikan impak negatif dan menjadi ikutan para pemain muda yang lain.

Park Hang Seo meminta dia berhenti melakukan perkara yang dianggap tidak profesional itu. Dia berkerjaya sebagai pemain bola sepak dan bukannya influencer ataupun pencipta konten.

Park Hang Seo berterus terang

Park Hang Seo dan pembantunya bersemuka dengan Tan Truong dan memberitahu mereka tak sukakan perbuatan pemain itu. Untuk menghormati dia sebagai pemain senior, Park Hang Seo masih mengekalkan namanya dalam kem kebangsaan dan meminta Tan Truong jangan mengulangi lagi perkara itu.

Namun senarai akhir untuk skuad Vietnam masih belum diumumkan. Buat masa ini Vietnam memanggil 5 penjaga gol ke kem kebangsaan untuk disaring.

Selepas kejadian itu dikatakan Park Hang Seo mengarahkan para pegawainya memantau aktiviti media sosial para pemainnya. Dan para pemain sudah diberitahu tentang perkara itu.

Park Hang Seo memberikan nasihat bahawa, masa lapang yang diberikan pasukan kepada pemain adalah bermaksud masa rehat. Sama ada untuk conditioning badan mereka ataupun tidur dengan secukupnya.

Bukannya untuk pemain menatap telefon pintar sehingga lewat malam dan sepanjang masa.

Park Hang Seo memang seorang yang sangat tegas dalam soal latihan dan rehat para pemain. Beliau mahu pemain berada dalam kondisi optimum sepanjang masa.

Tan Truong akui kesilapannya

Tan Truong sudah meminta maaf kepada peminat Vietnam dan menjelaskan bahawa dia ditegur kerana live stream TikTok sehingga lewat malam dan merakam aksi pasukan tanpa tanpa kebenaran pengurus pasukan.

Tan Truong juga menyatakan bahawa Park Hang Seo tidak melarang dia bermain TikTok kerana memahami ada sesetengah pemain menjadikan TikTok sebagai sumber pendapatan dari segi tajaan peribadi dan sebagainya.

Seterusnya Park Hang Seo tidak pernah masuk campur urusan peribadi pemain. Dia cuma menegur video yang ada kaitan dengan kapasiti Truong sebagai pemain dan dia sebagai jurulatih. Video lain tu, Park Hang Seo tak sentuh, kerana Truong banyak membuat video berbentuk product review.

Cuma selepas ini dia perlu bertiktok pada masa tertentu sahaja tanpa mengganggu jadual dia sepatutnya tidur. Tan Truong terlalu banyak masa berTikTok sejak akhir akhir ini.

Namun Park Hang Seo tidak menafikan bahawa Tan Truong sangat profesional apabila di padang latihan. Dia sentiasa berlatih bersungguh sungguh dan rajin membantu jurulatihnya.

Tetapi dia dilarang untuk memuat video sebelum perlawanan, masa di mana dia harus melakukan warming up atau menenangkan fikiran. Bayangkan ketika dia live stream sebelum perlawanan ada cybertrooper datang toksik kat akaun dia dan mengganggu fokusnya?

Selain itu, Tan Truoung berjanji tak akan livestream lagi pada lewat malam kerana ianya mempengaruhi tenaga dan staminanya.

Truong juga sering berkongsi tips menjana pendapatan menerusi TikTok. Dan ianya baguslah, dia tak lokek ilmu. Dia pernah berkongsi kepada peminatnya tentang pendapatannya di TikTok. Lalu ada yang menyuruhnya berhenti sahaja main bola dan fokus kepada TikTok sepenuh masa.

Para pemain Vietnam sebenarnya sentiasa dipantau aktiviti mereka. Terutama sekali pemain pemain yang dalam senarai panggilan kebangsaan dan senarai menunggu. Ini termasuk kelakuan mereka ketika berada di kelab masing masing.

Jadi, walaupun Tan Truong selepas ini akan kembali ke kelabnya, bukan bermakna dia boleh berTikTok sampai lewat pagi, sekiranya dia masih memikirkan mahu bermain untuk pasukan kebangsaan.

Sumber: ThanNien

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.