Gara Gara iPhone, Gadis 22 Tahun Lesap RM30,000

Gara-gara tertarik dengan iklan iPhone murah dengan harga hanya RM1,200, seorang penuntut universiti telah berputih mata kehilangan RM31,200.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku l melibatkan seorang gadis berusia 22 tahun yang berminat melihat iklan iPhone berkenaan di media sosial pada 23 Januari lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Deputi Superintendan Hamdan Zali mengesahkan bahawa mangsa adalah dari Kampung Mengabang Telipot.

Pelajar itu berhubung dengan scammer menerusi aplikasi WhatsApp.

Dipetik daripada sumber Sinar Harian, Hamdan Zali memberitahu wartawan: “Sejurus menyatakan persetujuan dengan harga promosi ditawarkan, mangsa kemudian membuat bayaran RM1,200 dengan memasukkan wang ke akaun diberikan suspek hari yang sama.”

“Kemudian dia bertanyakan tentang nombor siri kiriman barang tersebut, tetapi suspek berdolak-dalih sebelum mengarahkan mangsa menghubungi nombor telefon yang diberi untuk mendapatkan maklumat dikehendaki.”

“Tanpa syak, keesokan harinya, mangsa menghantar pesanan ringkas kepada nombor kedua untuk bertanyakan mengenai nombor siri barang sebelum diarahkan memindahkan RM1,500 di akaun sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.”

Selepas itu, mangsa kemudian diminta sekali lagi memasukkan RM3,500. Ia kononnya bagi proses memulangkan semula wang sebelum ini.

Entah apa di fikiran mangsa sehingga dia berterusan memasukkan wang lagi sehingga jumlah mencecah RM30,000.

Hamdan menambah: “Setiap kali selesai memindahkan wang seperti diarahkan, mangsa bertanyakan tentang status proses pemulangan semula wangnya, tetapi suspek tetap memberi alasan sama iaitu masih dalam proses,”

Scammer tersebut menghubungi mangsa sekali lagi dengan alasan sama. Nak memasukkan duit dia balik. Namun mangsa kemudian memutuskan untuk membuat laporan polis.

Polis mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di