Beberapa bandar di Amerika Syarikat dijangka akan menunjukkan spike yang teruk pada graf kadar pesakit covid 19 mereka.
Ini gara-gara protes anti lock-down yang dilancarkan di beberapa bandar di Amerika Syarikat.
Semalam, Gebenor Andy Beshear mengumumkan bahawa bandar Kentucky telah mengalami spike kes baharu yang tertinggi setakat ini.
Ini apabila 273 kes baharu dicatatkan pada Ahad. Menjadikan keseluruhan kes pada Ahad mencecah 2,960 kes – menurut Jabatan Kesihatan Kentucky.
Dalam tempoh yang sama, sudah 148 kematian dicatatkan kerana virus cov19.
Sebagai respon kepada masalah tersebut, Beshear menegaskan bahawa Kentucky tidak akan memansuhkan lockdown atapun dibuka seperti mana beberapa bandar lain yang mulai membuka bandar mereka.
Tumpuan utama mereka sekarang adalah mengurangkan penularan virus dan laporan akan dinilai dalam masa 14 hari.
Namun menurut Beshear, bandar Kentucky ketika ini tidak berada di landasan yang tepat dalam memastikan berlaku pengurangan signifikan pada kes cov19 dalam masa 14 hari — seperti mana ditetapkan White House — jika mereka ingin membuka bandar.
Beshear menasihatkan semua pihak untuk mengikut arahan White House tentang garis panduan dalam menangani wabak.
Beshear berkata: “Kita masih di tengah tengah pertarungan ini.”
“Marilah kita sama-sama memastikan kita melihat penanda aras dan melihat kesan di masa depan dengan mengambil langkah yang perlu pada hari ini. Dan kita melakukan semua ini untuk menjaga antara satu sama lain.”
Beberapa hari lalu, beratus penunjuk perasaan berarak di bandar Kentucky mendesak agar kerajaan membuka semula bandar mereka. Penunjuk perasaan berarak dengan menaikkan plakad Open KY.
Mereka menyertai kompen reopen America yang dilancarkan di beberapa bandar utama di sekitar AS.
Penduduk Kentucky menyatakan, lockdown telah membuatkan hampir 500,000 penduduk mereka hilang sumber pendapatan. Dan mereka mendesak agar Kentucky kembali dibuka.
Para penunjuk perasaan telah mengherdik dan memaki hamun pihak polis dan tentera yang berkawal.
Kentucky State Police have around 10 troopers now guarding area where protestors yesterday were yelling ‘Open Up Kentucky’ outside the press room of Gov. Andy Beshear. pic.twitter.com/i0ezG9otKV
— Matt Stone (@mattstonephotog) April 16, 2020
Beshear turut menyatakan bahawa mereka perlu memperbanyakkan lagi ujian saringan serta cuba mendapatkan lebih banyak bekalan personal protective equipment (PPE) – walaupun angka kes baharu berkurangan.
Sebelum ini seorang pastor Jack Robert telah mengancam untuk memfailkan saman ke atas Beshear kerana menuduh beliau melanggar hak kebebasan rakyat yang mahu meraikan Easter.
Mereka kecewa kerana lockdown membuatkan rakyat tidak ada kebebasan seperti yang mereka mahukan.
Mereka juga memperjuangkan kebebasan mereka ke atas diri mereka sendiri. Di mana menurut mereka, tubuh badan mereka adalah hak mereka untuk menentukan sama ada nak duduk di rumah ataupun keluar.
Kentucky Residents Protested Social Distancing — Then Saw A Spike In COVID-19 Caseshttps://t.co/I94ioHP6i8
— HillReporter.com (@HillReporter) April 21, 2020
Tapi masalahnya sekarang, bukan dia sorang je kena.
Beshear sudah memberikan amaran bahawa, mana-mana individu yang ingkar arahan social distancing, akan dikenakan tindakan. Ini termasuk mereka yang menghadiri perhimpunan keagamaan.