Gara Gara Kenyataan Utamakan Kelab Berbanding Negara, Kim Min Jae Dihentam Di IG

Kim Min Jae menyatakan bahawa dia benar benar letih pada masa ini. Dan mahu mengutamakan tugasan di kelab berbanding dengan negaranya pada masa ini.

Komen beliau selepas aksi berdepan Uruguay: “Saya letih secara mental. Saya nak fokus kepada pasukan saya [Napoli] berbanding pasukan kebangsaan.”

“Saya tak ada benda lain lagi nak cakap.”

Kim Min Jae dikatakan agak keberatan untuk kembali ke kem pasukan Korea bagi aksi persahabatan yang disifatkan sebagai meletihkan itu.

Kim Min Jae kini menjadi salah seorang bek tengah terbaik di Eropah bersama Napoli.

Beberapa minggu lalu, pengurus beliau, Luciano Spalletti melabel Kim Min Jae sebagai bek tengah terbaik di dunia pada ketika ini.

Kim Min Jae dalam proses membantu Napoli menamatkan kemarau kejuaraan Serie A sejak 1990. Dia akan dikenang sebagai legenda selamanya jika berjaya melakukannya.

Pada masa ini, Napoli 19 mata di puncak liga. Dan peluang untuk menjulang Serie A sangat cerah.

Oleh sebab itu Kim Min Jae meletakkan Napoli sebagai keutamaannya.

Jadi ramai yang merasakan bahwa Kim Min Jae mahu bersara daripada bola sepak antarabangsa.

Ada peminat setia Kim Min Jae sendiri menyatakan bahawa, tidak boleh untuk menyalahkan Kim Min Jae, memandangkan aksi persahabatan Korea Selatan memang tidak ada apa apa makna.

Namun di instagram miliknya, dia dihentam teruk. Ada yang mempersoalkan semangat patriotik Kim Min Jae berbanding pemain lain seperti Son Heung Min.

Mereka mengingatkan Kim Min Jae bahawa Son Heung Min sanggup mengambil risiko mewakili negaranya ketika cedera termasuk memakai pelindung muka.

Merekanjuga mahu Kim Min Jae jangan lupa bahawa dia sudah diberikan pengecualian latihan ketenteraan. Bermakna dia harus sentiasa mengutamakan negaranya.

Banyak lagi komen kecaman dibuat di dalam post ini:

Menyedari IG miliknya diserang teruk oleh rakyat Korea Selatan, maka Kim Min Jae membuat permohonan maaf pada hari ini.

Dia menafikan bahawa dia mahu bersara daripada pasukan kebangsaan. Sebaliknya dia menyatakan, pada ketika ini dia bergelut dengan tekanan mental.

Kim Min Jae berkata:

“Pertama sekali, saya mulakan ucapan dengan meminta maaf kepada pemain dan peminat yang pasti terkejut dengan kenyataan saya yang disalah tafsirkan.”

“Saya pemain yang mewakili pasukan kebangsaan sentiasa melakukan yang terbaik.”

“Apabila anda dinamakan dalam senarai pasukan kebangsaan, apabila bermain sebagai kesebelasan utama dalam permainan pasukan kebangsaan, saya tidak pernah ambil mudah perkara itu.”

“Namun oleh kerana kecederaan ringan yang saya alami, kerana masa penerbangan yang lama, kerana saya banyak bermain, badan saya letih.”

“Saya sentiasa memberikan segala-galanya dan berlari sehingga ke nafas teakhir saya di atas padang.”

“Dalam temu bual semalam, saya memakai logo Taegeuk. 49 perlawanan yang saya telah mainkan. Saya adalah pemain yang tidak tahu dan berfikiran santai dalam pasukan yang hanya berseronok.”

“Dengan keadaan semakin sukar,  saya merasakan banyak tekanan.”

“Menghadapi gangguan mental, tekanan di atas padang. Tanggungjawab untuk sentiasa melakukan yang terbaik.”

“Kekecewaan apabila bolos sebagai pemain pertahanan.”

“Semua perkara ini adalah sukar untuk mengakui bahawa anda mempunyai masalah mental.”

“Kepada peminat dan pemain yang kecewa dengan komen saya, sekali lagi saya minta maaf.”

“Teruskan menyokong pasukan kebangsaan.”

“Terima kasih kepada peminat yang datang ke stadium.”

Baca yang lain