Gara Gara Komen Perkahwinan Sejenis, Persatuan L*BT Rasmi Spurs Diminta Lancar Kempen Tolak Gattuso

Berita Gennaro Gattuso ke Spurs semakin panas. Ini selepas Tottenham Hotspur dikatakan melakukan rundingan dengan bekas pengurus AC Milan dan Napoli itu.

Sebelum ini Tottenham berunding dengan Paulo Fonseca. Namun rundingan gagal. Dilaporkan kerana isu cukai.

Dengan Spurs yang masih tidak ada pengurus, menyukarkan mereka merancang musim baharu, kelab tersebut mahukan Gattuso yang baru melepaskan jawatannya di Fiorentina hanya selepas 22 hari dilantik.

Sebaik sahaja mendengar laporan itu, penyokong Spurs melancarkan kempen katakan tidak kepada Gattuso. Ianya trending di tangga kedua di UK walaupun negara England sedang dilanda demam EURO 2020.

Penyokong Spurs mahukan pengurus lebih berkualiti dan terbukti bagus.

Di sebalik kerancakan kempen membantah Gattuso, muncul suara daripada pendokong L*BT Spurs yang meminta laman rasmi Proud Lillywhite ataupun Spurs LGBT yang merupakan satu laman untuk peminat Spurs yang berorientasi songsang.

Mereka menentang perlantikan Gattuso kerana pengurus itu pernah mengeluarkan kenyataan yang mengguris mereka. Menurut mereka ianya akan mencemarkan bulan L*BT.

Pada 2008, Gattuso pernah terbuka mempertahankan perkahwinan tradisional dan dituntut agamanya Kristian – yang melarang perkahwinan sejenis.

Gattuso berkata: “Di gereja, perkahwinan itu seharusnya antara lelaki dan wanita, walaupun kita sekarang pada tahun 2008, dan semua orang boleh melakukan apa mereka suka.”

“Saya adalah seorang yang percaya dengan institusi keluarga sejak saya kecil lagi. Dan saya adalah seorang yang percaya dengan tuntutan agama saya di mana perkahwinan sejenis adalah perkara yang pelik.”

Gattuso sebenarnya pernah menyatakan dia tidak kisah pasal perkahwinan sejenis. Cuma dia bersuara atas pandangannya. Malah Gattuso dengan jelas menyatakan, setiap orang buat apa mereka suka.

Namun penyokong perkahwinan sejenis masih berbulu dengan Gattuso.

Proud Lillywhite diminta untuk bersuara mewakili kumpulan L*BT yang menyokong Spurs.

Cole Deller menganggap perlantikan Gattuso sebagai keputusan yang tidak boleh diterima kerana Spurs antara kelab yang sangat disenangi dengan usaha mereka menyokong kaum songsang.

Ada juga penyokong Spurs tidak kisah tentang komen dan pendirian Gattuso tentang perkahwinan sejenis. Kerana menurut mereka, Gattuso tidak layak mengendalikan Spurs kerana tidak cukup bagus.

 

Baca yang lain