Gara Gara Kritik Superman Mengunyit, Dean Cain Diserang Teruk Golongan Woke

Bekas pelakon Superman, Dean Cain telah mengecam tindakan DC yang menjadikan Superman sebagai wira bis*xual selepas ini. Menurut Cain ianya jelas menyimpang daripada plot kehidupan seorang Superman.

Dalam siri terbaru Superman: Son of Kal-El, dilancarkan pada Julai, siri tersebut memfokuskan perjalanan hidup Jonathan Kent, anak lelaki Clark dan Lois Lane.

Kent telah mewarisi kuasa ayahnya untuk menjadi adiwira yang menyelamatkan dunia. Ianya sama je dengan cerita adiwira sebelum ini. Cuma bezanya, Jonathan Kent seorang yang bis*ksual ataupun boleh menjalinkan hubungan kelamin dengan lelaki atau wanita.

Dean Cain yang korang selalu tengok dalam siri Superman – Lois & Clark: The New Adventures of Superman pada 90-an – korang selalu layan di TV3 masa kecik dulu telah mengkritik jalan cerita tersebut.

Cain memberikan komen peribadinya sebagai seorang yang dekat dengan siri Superman.

“Mereka katakan ini hala tuju baharu cerita ini, saya pula merasakan ini adalah ikut trend je ni [bandwagoning]. Sebab Robin dalam Batman and Robin baru je mengaku dia seorang bi atau g*y. Tapi siapa je yang benar benar terkejut tentangnya? Saya dah fikir benda ni lama dah.”

“Captain America dah g*y, ‘anak saya’ dalam siri Supergirl, di mana saya menjadi watak ayah, juga seorang g*y [les].”

“Jadi saya tak rasa ini mesej yang kuat, berani atau hala tuju baru yang gila. Jika mereka melakukannya 20-30 tahun lalu, baru saya boleh katakan ia mesej jelas dan berani.”

Cain kemudian menegaskan bahawa, Superman pada hari ini, di mana penerbit dan pembuat jalan ceritanya memikirkan soal masalah dunia sebenar berbanding dengan jalan cerita di alam dia sendiri [universe]. Contohnya memikirkan soal watak jahat yang dekat di hati peminat.

Dalam temuramah yang sama Cain turut menyatakan dia tak suka dengan watak jahat dalam siri Superman tersebut.

“Superman yang ada dalam tv tu dah menjadi wira yang cuba melawan masalah dunia sebenar seperti pemanasan global, eksploitasi pelarian, dan dia turut berpacaran dengan hacktivist, itu ke nama dia, entahlah, aku pun konfius dah.”

Komen Dean Cain itu membuatkannya dihentam teruk dan dituduh ada masalah dengan puak berhubungan sejenis.

Cain mempertahankan pendapatnya dan bertanya, celah mana dia ada menyebut dia seorang yang ‘h o m o fobik’?

Banyak lagi komen mengecam Dean Cain di media sosial hanya kerana dia memberikan pandangan tentang jalan cerita yang dikatakan, hanya dibuat untuk mengikut trend semasa.

Baca yang lain