Gara Gara Main Ski Selepas Kalah Lawan Leverkusen, Nagelsmann Kena Pecat

Sebelum ini Manuel Neuer pergi bermain ski ais di Austria dan dia ditimpa musibah kerana kemalangan.

Kali ini giliran Julian Nagelsmann pergi melakukan aktiviti yang sama, dan dia dipecat.

Tindakannya bercuti ketika pengurusan tertinggi Bayern sedang bengang dengan prestasi pasukan dikatakan menjadi sebab utama dia dipecat,

Nagelsmann mengetahui pemecatannya hanya daripada media. Dan pada hari ini dia sudah berjumpa dengan pengurusan tertinggi untuk menerima surat pemecatannya secara rasmi.

Sebelum rehat antarabangsa minggu ini, Bayern kalah di tangan Bayer Leverkusen. Keputusan yang menyaksikan mereka dipintas oleh Borussia Dortmund sebagai pendahulu liga.

Tekanan memuncak di kem Bayern walaupun sebenarnya Nagelsmann masih menunjukkan prestasi yang baik dan bersaing dalam persaingan kejuaraan liga dan juga Liga Juara Juara Eropah – dengan menyingkirkan PSG.

Bayern akhirnya melantik Thomas Tuchel sebagai pengurus baharu mereka.

Sky Sports melaporkan bahawa Bayern tidak berpuas hati dengan Nagelsmann dari segi prestasi di dalam liga. Dan kemudian merasakan bahawa Nagelsmann tidak cukup bagus dalam membangunkan pemain serta lemah dalam pencarian bakat baharu dalam scouting.

Kemudian keputusan Nagelsmann untuk meneruskan percutiannya ke Austria untuk bermain ski selepas kekalahan di tangan Leverkusen dianggap tidak bertanggungjawab.

Kelab mengharapkan dia akan terus kekal di kelab pada cuti tersebut dan cuba mencari penyelesaian kepada masalah yang melanda.

Nagelsmann tidak mengendalikan latihan pasukan selepas mereka kalah, dan ianya dianggap sebagai isyarat yang tidak betul ataupun tak kena.

Nagelsmann pastinya terkejut dengan keputusan kelab memecatnya. Kerana dia merasakan dia masih melakukan tugasannya dengan baik setakat ini.

Lagipun dia merasakan dia berhak untuk beriadah pada hari cutinya. Dia sedang meluangkan masa dengan teman wanitanya.

Nagelsmann dikatakan tidak pernah benar benar sehaluan dengan pasukan Bayern walaupun pengurusan tertinggi menyokongnya.

Malah ramai pemain utama yang kerap mengadu tentang Nagelsmann.

Nagelsmann kini terus dikaitkan dengan Spurs yang sedang dalam proses untuk berpisah dengan Antonio Conte.

Nagelsmann dianggap calon paling sesuai untuk memacu projek di Spurs.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil