Gara Gara Messi, Pemain United Panggil Weghorst ‘Bobo’

Ketika Piala Dunia 2022, terdapat insiden kontroversi selepas tamat perlawanan. Di mana Messi telah memaki hamun Wout Weghorst ketika bercakap dengan wartawan dan memanggilnya ‘bobo’ ataupun bongok.

Weghorst pastinya merupakan pembelian yang agak mengejutkan dibuat oleh Manchester United.

Penyerang Belanda itu telah dipinjamkan ke Besiktas dari Burnley, dan kemudian dipinjamkan ke Man United.

Rekod lampau Weghorst di EPL tidaklah bagus. Di mana dalam tempoh enam bulannya dalam Liga Perdana Inggeris, dia hanya berjaya menjaringkan dua gol dalam 20 perlawanan.

Sudah tentu, nisbah gol seperti itu sangat jauh berbanding yang dimiliki Cristiano Ronaldo musim lalu.

Apapun, Ten Hag mahukan Weghorst sebagai pelan jangka pendek kelab menggantikan tempat Ronaldo yang ditamatkan kontrak selepas wawancara kontroversi.

Weghorst dianggap pemain yang memiliki kuasa dan etika kerja pressing yang luar biasa.

Itu adalah aspek permainan yang dimahukan Ten Hag.

Sejak menyertai United, dia sudah menjaringkan satu gol setakat ini.

Di bilik persalinan, nampaknya rakan sepasukannya menyayanginya, dengan SPORT melaporkan bahawa Lisandro Martinez telah memberikannya nama panggilan baharu.

Martinez memanggilnya ‘Bobo,’ secara kasarnya ‘bodoh,’.

Namun panggilan itu dibuat dengan cara yang mesra kerana ia diilhamkan oleh kata-kata kasar Messi terhadap pemain antarabangsa Belanda itu, selepas tamat aksi suku akhir Piala Dunia mereka menentang satu sama lain.

Weghorst ketika itu masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut, menangguhkan kemaraan Argentina buat seketika. Salah satu gol beliau adalah daripada situasi sepakan percuma minit akhir yang licik dan berani dilakukan Belanda — untuk membawa perlawanan berlarutan ke masa tambahan dan kemudian ke penentuan penalti.

Walaupun pasukannya menang, Messi jelas tidak berpuas hati selepas perlawanan dan, semasa ditemu bual selepas perlawanan, Weghorst berjalan melepasi di belakang kamera.

Superstar PSG itu mula menjerit kepada lawannya, berkata, “Que miras bobo. Anda palla!” atau “Apa yang kamu lihat, bodoh? Pergi kau ke sana!”

Jelas sekali Martinez mendapati keseluruhan insiden itu sangat melucukan dan Weghorst mungkin tidak kisah bahawa Messi tak kenal siapa dia.

Bercakap selepas insiden itu, pemain berusia 30 tahun itu berkata, “Saya sangat menghormatinya. Dia antara yang terhebat sepanjang zaman.

“Saya mahu menunjukkan rasa hormat saya kepada Messi selepas perlawanan, tetapi dia tidak mahu.”

“Saya rasa dia masih marah kepada saya. Oh well, saya melihatnya sebagai pujian yang hebat bahawa dia tahu nama saya sekarang. Kemudian sekurang-kurangnya saya melakukan sesuatu yang betul.”

Ketika di kem United, Lisandro Martinez memanggilnya Bobo dan beberapa rakan rakannya yang lain turut menggelarkannya dengan nama yang sama.

Pemain itu jelas tiada masalah dengannya. Malah dia pun seronok menikmatinya.

Martinez kemudian berharap Bobo dapat menjaringkan banyak gol musim ini.