Gara Gara Onana Dan Ten Hag Speed Isytihar Berhenti Jadi Peminat Man United

Ishowspeed aka Speed telah mengumumkan dia melepaskan statusnya sebagai peminat Manchester United dan kini mulai menjadi penyokong Al Nassr.

Speed terkenal dengan pendiriannya sebagai peminat tegar Cristiano Ronaldo dan juga peminat Man United.

Kini dia memilih untuk mengikut idolanya itu dan menjadi penyokong Al Nassr yang baharu. Semuanya gara gara Erik Ten Hag dan Andre Onana yang dianggap menjadi punca kepada kekalahan demi kekalahan dialami Man United musim ini.

Terbaru Man United kalah di tangan Galatsaray dari Turki dalam aksi Liga Juara Juara Eropah. Dengan Andre Onana sekali lagi menjadi subjek perdebatan di media sosial.

Kredibiliti Erik Ten Hag juga mulai dipersoalkan oleh segelintir peminat Man United sendiri. Speed menganggap dua watak itu sebagai punca dia tidak lagi menyokong Manchester United.

Speed berkata: “Maka cukuplah. Itu telah memuktamadkan perjanjian. Saya bukan lagi peminat Manchester United. Saya telah menjadi ahli kelab Manchester United sejak 1987 lagi dan pemegang tiket bermusim sejak 1999. Saya tak akan memperbaharui tiket bermusim saya.”

“Ten Hag dan Onana macam haram pada hari ini. Saya akan menjadi penyokong Al Nassr bermula sekarang juga. Di mana mereka benar benar tahu cara menguruskan kelab bola sepak.”

Al Nassr mengalu alukan Speed dan menyatakan bahawa pempengaruh itu sebenarnya sudah pun menjadi sebahagian daripada kelab itu dan berharap akan dapat berjumpa dengan Speed selepas ini.

Dan Speed kemudian membalas: “Kelabku”

Laporan lain menyebut, Speed mungkin akan berpeluang untuk berkolaborasi dengan Cristiano Ronaldo dalam strim khas dia. Jika ini benar benar berlaku, makin masyuk la budak ni.