Gara Gara Tak Serius & Zidane Utamakan Pogba, Real Madrid Terlepas Bruno Fernandes

Marca melaporkan bahawa Real Madrid telah mendahului persaingan mendapatkan Bruno Fernandes sebelum pemain itu memilih untuk menyertai Manchester United.

Namun Real Madrid ketika itu hanyalah menjadikan Fernandes sebagai senarai bukan keutamaan kerana lebih fokus untuk mendapatkan Paul Pogba.

Bruno Fernandes menjadi pemain rebutan ramai pada perpindahan musim lalu. Selain daripada Real Madrid dan Man United, kelab lain seperti Spurs dan Barcelona juga antara yang berminat dengan pemain tersebut.

Namun akhirnya, Manchester United berjaya memenangi persaingan untuk mendapatkan Fernandes. Itupun United hampir terlepas kerana tidak yakin dengan nilai perpindahan yang diminta Sporting Lisbon untuk pemain itu.

Real Madrid sebenarnya sudah lama memantau dan memerhatikan perkembangan Fernandes.

Zinedine Zidane dilaporkan berminat untuk merekrut playmaker tersebut. Setelah melihat persembahannya yang baik di Sporting Lisbon. Pemain tengah yang memiliki rekod gol dan assist yang luar biasa.

Malah nama Fernandes menjadi salah satu senarai yang dimahukan oleh Zinedine Zidane.

Tetapi malangnya, Zinedine Zidane tiba tiba memfokuskan kepada perpindahan Paul Pogba selepas melihat situasi pemain itu di Man United.

Pertikaman lidah ejen Pogba dengan kelab serta Ole Gunnar Solskjaer dipercayai boleh membawa kepada pemergian Pogba daripada kelab itu.

Lalu mereka mulai acuh tak acuh dalam usaha mendapatkan Fernandes.

Malangnya, Real Madrid gagal mendapatkan Pogba dan pada masa yang sama United berjaya membawa masuk Bruno Fernandes.

Fernandes segera menjadi sensasi dan kesayangan penyokong United kerana prestasi luar biasanya bersama United.

Real Madrid masih bergelut untuk mencari pengganti jangka panjang Luka Modric dan juga Toni Kroos.

Lebih malang, Real Madrid turut gagal mendatangkan Donny Van De Beek. Kerana mereka memutuskan untuk tidak menandatangani sebarang pemain musim ini.

Van De Beek antara pemain dikaitkan dengan Real Madrid sebelum ini.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.