Gara Gara UEL, Pemain Malmo Tak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Sendiri: “Saya Hantar Abang Jadi Wakil”

Penyerang Malmo Mohamed Buya Turay tidak dapat menghadiri majlis perkahwinannya sendiri selepas kelab meminta dia menyertai skuad mereka lebih awal.

Pemain berusia 27 tahun itu telah menandatangani kontrak untuk kelab Sweden, Malmo selepas bermain dalam Liga Super China baik Hebei China Fortune dan Henan Songshan Longmen.

Perpindahan itu diumumkan oleh Malmo pada 22 Julai. Tetapi majlis perkahwinannya di Sierra Leone dikatakan telah berlangsung pada 21 Julai.

Malmo mahu dia berhubung dengan rakan sepasukannya lebih awal untuk latihan bagi menyesuaikan diri dengan pasukan. Dia diperlukan untuk tugasan aksi Europa League.

Oleh kerana dia tidak dapat berada di dua tempat sekaligus, maka Turay terpaksa meminta abangnya menggantikan tempatnya untuk perkahwinan dengan teman wanitanya Suad Baydoun.

Turay menyiarkan tiga gambar dirinya dan isteri baharunya di saluran media sosialnya tetapi mengesahkan imej itu diambil sebelum acara sebenar.

Bagaimanapun, dia sebenarnya tidak bersama isterinya sejak mereka secara rasmi mengikat tali pertunangan dan mereka berharap untuk berbulan madu hujung tahun ini.

Ada yang kehairanan kenapa gambar pengantin lelaki berbeza dengan gambar perkahwinan yang dimuat naik Turay. Mereka mulai sangsi kalau awek Turay telah curang dan memilih lelaki lain.

Dia menjelaskan bahawa yang ada di majlis perkahwinan itu adalah abangnya. Dan yang dalam gambar adalah dirinya sendiri. Semuanya kerana tugasa UEL dengan Malmo.

“Kami berkahwin pada 21 Julai di Sierra Leone,” kata Turay kepada Afton Bladet.

“Tetapi saya tiada di sana kerana Malmö meminta saya datang ke sini lebih awal.”

Kami mengambil gambar terlebih dahulu. Jadi nampaknya saya berada di sanam, yang sebenarnya bukan saya tu. Abang saya terpaksa mewakili saya di majlis perkahwinan itu sendiri.”

“Tetapi saya akan cuba membawanya ke Sweden dan Malmö sekarang supaya dia boleh dekat dengan saya. Dia akan tinggal di sini bersama saya.”

Turay membuat penampilan sulungnya untuk Malmo dalam Liga Europa pada hari Khamis, turun dari bangku simpanan dalam kemenangan 3-0 ke atas Diddeleng.

Dia mempunyai pengalaman bermain di Sweden, setelah memenangi Allsvenskan pada 2019 semasa dipinjamkan di Djurgårdens IF, di mana dia juga merupakan penjaring terbanyak liga

Turay, yang mempunyai seorang anak perempuan daripada hubungan terdahulu, menjadi tajuk utama berita beberapa tahun lalu apabila dia mendakwa kecederaan yang dialami semasa tugasan antarabangsa adalah akibat ilmu hitam berikutan kemenangan Kasut Emasnya.

“Bomoh memberitahu saya punca kecederaan jari kaki adalah kerana saya terpijak objek spiritual [tangkal] di kem Leone Stars, diletakkan di sana untuk saya oleh seseorang yang mahu kaki saya bengkak dan sekali gus memusnahkan kerjaya saya,” katanya kepada BBC.

Semoga abang Turay berbahagia sehingga ke anak cucu. Ingat bebaik tarikh ulangtahun tu, besar kes tu kalau lupa. Mahu diungkitnya tu nanti bang oi, abang siap hantar wakil jadi pengantin.