Garnacho Bakal Jadi Pemilik No.7 Baharu

Alejandro Garnacho dilaporkan menjadi pilihan utama ketika ini untuk menjadi pewaris jersi no.7 yang ikonik.

Penyerang antarabangsa Argentina itu telah pun melanjutkan kontrak jangka masa panjang dengan kelab itu.

Dia menandantangi kontrak jangka panjang itu pada April lalu. Kontrak tersebut menyaksikan Garnacho akan terus bersama Man United selama 5 tahun lagi.

Jersi no.7 yang ikonik itu sebelum ini kali terakhir digunakan oleh legenda no.7 itu sendiri iaitu Cristiano Ronaldo.

Sebelum kehadiran semula Ronaldo, Man United bergelut untuk mencari pengganti Ronaldo.

Malah pada satu ketika jersi itu dianggap ada sumpahan, sejak ia ditinggalkan Ronaldo pada 2009.

Angel Di Maria, Memphis Depay, Alexis Sanchez, antara pernah menggunakan jersi keramat itu. Namun tidak pernah menepati apa yang diharapkan peminat mereka.

Namun ada beberapa pemain dianggap memuaskan hati peminat termasuk Michael Owen dan juga Edinson Cavani.

Kini Garnacho bakal mewarisi jersi tersebut yang bukan sahaja ikonik dengan Ronaldo namun juga pernah digunakan oleh legenda Manchester United terdahulu.

Antaranya, Eric Cantona, David Beckham dan George Best. Jersi no.7 seringkali dianggap simbol bintang sensasi di Man United.

Garnacho dilaporkan menepati ciri ciri yang dikehendaki oleh Ten Hag untuk menjadi pengganti kepada Cristiano Ronaldo pada masa depan.

Bukan sahaja bercakap dari segi jersi no.7 namun Garnacho dianggap bintang masa depan untuk kelab itu.

Garnacho sebelum ini terlepas panggilan bermain di Piala Dunia 2022. Namun dia akhirnya dipanggil menyertai skuad kebangsaan Argentina. Dia masuk sebagai pemain gantian ketika aksi menentang Indonesia.

Di mana Garnacho membantu Argentina menang 2-0 ke atas Indonesia.

Ketika ini Garnacho masih memakai jersi no.49. Di mana pemain itu menjaringkan 3 gol dalam EPL musim lalu.

Dia kerap digunakan sebagai pemain gantian dalam aksi United musim lalu. Dan kerapkali menunjukkan aksi cemerlang di atas padang.

Jika dia berjaya mendapatkan jersi no.7 tersebut, dia akan menjadi pemain remaja pertama diberikan jersi no.7 itu sejak Ronaldo pada 2003.

Adakah Garnacho pilihan tepat untuk mewarisi jersi tersebut?