Alejandro Garnacho kini berdepan dengan hukuman daripada FA Inggeris. Ini selepas pemain itu memuat naik status media sosial dengan gambar gorilla merujuk kepada Onana.
Onana sebelum ini menjadi wira kemenangan Man United dengan menyelamatkan penalti masa kecederaan minit akhir permainan. Penyelamatan itu berjaya memastikan gol tunggal Harry Maguire kekal sebagai gol kemenangan ke atas FC Copenhagen.
Akibat terlalu gembira, Garnacho memuat naik gambar Onana dengan emoji Gorilla berwarna hitam. Ianya membuatkan FA terus melancarkan siasatan ke atas Garnacho.
Pemain Argentina itu kemudian memadamkan post tersebut selepas menerima pelbagai reaksi netizen. Andre Onana pula mempertahankan Garnacho. Kerana menurutnya, FA tidak boleh menentukan perkara yang membuatkan dia tersinggung kerana menurutnya dia langsung tak tersinggung dengan post Garnacho itu.
Onana menjelaskan dia sangat kenal Garnacho dan faham maksud post pemain itu yang langsung tidak rasis.
Onana berkata: “Tiada siapa yang boleh menentukan apa perkara yang boleh membuatkan saya rasa tersinggung. Garnacho memaksudkan tentang kuasa dan kekuatan. Sepatutnya tidak dipanjangkan lagi hal ini.”
🔴🇦🇷 FA have been investigating into Garnacho’s social media post in which he used gorilla emojis over a picture of Andre Onana's penalty save.
🇨🇲 Onana replies: “People can’t choose what I should be offended by. Garnacho meant power and strenght. This should go no further”. pic.twitter.com/k6kea9Iwgz
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 26, 2023
Erik Ten Hag sedar bahawa Garnacho kini sedang berdepan dengan tindakan daripada FA Inggeris. Dan pengurus itu berkata: “Kami sedang bercakap dengan FA Inggeris. Dan saya boleh sahkan dan tegaekan bahawa kami bersatu hati.”
“Dan kamu lihat sendiri perkara itu dalam post Onana sebelum ini.”
🔴 Ten Hag on the potential ban for Alejandro Garnacho: “We are talking with the FA. I can confirm that and want to emphasise we are together”.
“Wa are United and you see that in the post of Andre Onana”. pic.twitter.com/PZ71fWWjEz
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 27, 2023