Lisandro Martinez telah mendesak rakan sepasukannya, Alejandro Garnacho untuk tidak memilih Sepanyol sebagai negara diwakilinya, sebaliknya Argentina.
Sebelum ini Garnacho pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya kerana disisihkan daripada panggilan kebangsaan Argentina ketika Piala Dunia 2022.
Di mana menyaksikan dia baru terlepas peluang menjadi juara dunia pada usianya baru 18 tahun. Sedangkan ketika itu dia dalam prestasi yang luar bias.
Sejak di bawah kendalian Erik Ten Hag, Garnacho telah berkembang pesat.
Dia kemudian mengancam mungkin akan menyerahkan kembali kewarnegaraan Argentina miliknya untuk menjadi warga Sepanyol.
Garnacho sebenarnya pemain yang dibesarkan di Sepanyol. Dia bermain untuk akademi Getafe dan Atletico Madrid sebelum dipancing Manchester United.
Bermain untuk pasukan B-18 Sepanyol dan kemudian bermain untuk B-20 Argentina sebanyak 4 kali.
Buat masa ini, pemain itu boleh mewakili sama ada Argentina yang menjadi negara kelahiran ibunya, ataupun Sepanyol.
Memandangkan dia masih belum membuat sekurang kurangnya 4 penampila kompetitif untuk mana mana negara.
Pengurus Argentina, Lionel Scaloni kini sedia untuk memberikan Garnacho peluang dan berharap agar pemain itu terus komited untuk Argentina.
Dan kini dia sudah pun dipanggil untuk aksi antarabangsa Argentina. Boleh muncul dalam mana mana aksi menentang Panama atau Curacao pada minggu antarabangsa akan datang.
Rakan sepasukannya, Lisandro Martinez meminta pemain itu agar melupakan Sepanyol dan memberikan taat setia untuk Argentina.
🚨🚨 Argentina’s squad list for the March games!
Alejandro Garnacho included!! ✅ pic.twitter.com/uQsEdmpktn
— All About Argentina 🛎🇦🇷 (@AlbicelesteTalk) March 3, 2023
Bercakap kepada TyC Sports, Licha berkata: “Hakikatnya, Garna pemain yang hebat. Dengan personaliti yang kuat kerana dia baru 18 tahun dan memulakan karier dengan pasukan besar yang memiliki tekanan sangat tinggi.”
“Ini yang saya sangat suka tentangnya. Dia akan bermain dan menjadi tajuk utama, ataupun bermain 10, 15 minit dan memberikan terbaik yang dia ada.”
“[Garnacho] ada dengan saya di sini. Lupakan tentangnya [berhenti memujuk dia menyertai Sepanyol]. Saya akan pastikan dia memilih Argentina. Satu satunya cara dia ke sana adalah dia bersama dengan saya.”
Walaupu Lisandro Martinez mungkin kedengaran sangat tegas mahukan Garnacho mewakili Argentina, namun sebenarnya pemain itu berkeras masih enggan membuat pilihan mutlak.
Dia malah tidak menjamin selepas minggu antarabangsa ini, dia akan membuat keputusan. Garnacho mahu melihat projek Argentina dan peranannya di sana dengan jelas.
Dia merupakan pemain yang pernah beraksi dengan pasukan akademi Atletico.
Dia bagaimanapun, memilih untuk bertukar dan bermain dengan pasukan B-20 Argentina musim lalu, yang dia layak melalui ibunya yang merupakan warga Argentina walaupun dilahirkan di Sepanyol.
🚨🇦🇷 JUST IN:
Spain still want Alejandro Garnacho to ditch Argentina and become a part of their future with Gavi and Pedri. Spain are making plans for another attempt to persuade him to join them – with a promise of immediate caps. @sbates_people 🇪🇸🔴 pic.twitter.com/CpABl2IlzW
— UtdTruthful (@Utdtruthful) February 18, 2023
Pemain sayap itu masih belum membuat penampilan senior untuk Argentina, bermakna dia masih boleh menukar kesetiaan jika dia mahu.
Selain itu peraturan baharu FIFA membenarkan pemain yang tampil 3 kali dan kurang daripada itu untuk menukar negara yang mereka wakili.
Malah dalam Piala Dunia 2022 yang lalu, Garnacho hampir sahaja mewakili Sepanyol. Di mana dia bersedia untuk menggantikan salah seorang pemain yang cedera, walaupun akhirnya Thiago Almada dipilih untuk pergi ke Qatar.
Sejak daripada itu, dia dilaporkan telah rapat dan banyak berhubung dengan pegawai Sepanyol.
Sepanyol menyatakan kekaguman mereka dengan prestasinya musim ini, dan bintang muda itu sekali lagi menyinar dalam aksi dalam seri 2-2 yang mendebarkan menentang Barcelona di Camp Nou pada Khamis.
Sepanyol bersedia untuk memberikan kap senior Garnacho pada peluang pertama, sesuatu yang gagal dilakukan oleh Argentina sebelum ini.
Dan akhirnya AFA mengambil langkah segera.