Garnacho Suruh Fans Copenhagen Diam, Akhirnya Menangis Pada Wisel Penamat

Manchester United mengalami satu lagi kekalahan pada musim ini setelah dikejutkan oleh FC Copenhagen. Di mana Man United dua kali mendahului lawan mereka namun tetap kalah 4-3 pada akhirnya.

Segalanya serba sempurna pada permulaan. Ini apabila penyerang muda mereka Rasmus Hojlund terus membuktikan bahawa dia menggemari aksi di malam UCL.

Hojlund kembali ke kelab lamanya sebagai pemain lawan dan menghantui Mereka dengan mencetak dua gol

Tetapi salah satu titik perubahan terbesar dalam perlawanan ini adalah apabila penyerang antarabangsa England Marcus Rashford menerima kad merah dan memaksa Manchester United beraksi dengan 10 pemain.

Gol oleh Mohamed Elyounoussi dan jaringan daripada sepakan penalti Diogo Goncalves memastikan FC copenhagen menyamakan kedudukan menjadi dua sama sebelum rehat

Walaubagaimanapun salah satu yang turut menarik perhatian adalah apabila Bruno Fernande kembali meletakkan Manchester United di hadapan menerusi sepakan penalti, dan pemain muda United, Alejandro Garnacho memberikan isyarat diam kepada penyokong tuan rumah.

Ianya disambut dengan kemarahan oleh seksyen penyokong FC Copenhagen.

Keraian itu jelas memakan dirinya kerana pada masa pertama Manchester United tewas 4-3 setelah melepaskan dua lagi bolos pada Baki 7 perlawanan.

Dua gol itu adalah menerusi Lukas Lerager dan juga pemain berusia 17 tahun Roony Bardghji yang memastikan FC Copenhagen memenangi aksi di UCL buat pertama kali sejak 2016.

Kekalahan ini membuatkan Man United terperosok ke tangga tercorot kumpulan A. Ini turut meletakkan Man United dalam tekanan lebih tinggi terutama sekali Erik Ten Hag.

Ini adalah kekalahan ketiga mereka daripada 4 perlawanan terakhir.

Man United masih perlu berkunjung ke Galatasaray dan kemudian melayan kunjungan Bayern Munich yang sudah mara ke pusingan kalah mati.