Rio Ferdinand menyatakan bahawa pencalonan untuk gol tercantik musim ini sudah ditutup kerana pemenangnya sudah ada iaitu Alejandro Garnacho ketika menentang Everton.
Di mana pemain muda Argentina itu melakukan gol lipat yang sangat cantik seawal minit ke-3 perlawanan. Di mana ketika itu dia menerima hantaran lintang daripada Diogo Dalot.
Sukar untuk mempercayai ketepatan jaringan itu yang juga dilakukan dengan kekuatan yang sangat baik.
Owen Hargreaves menyifatkan bahawa itu adalah gol ajaib. Malah di sesi latihan pun jarang untuk melihat gol secantik itu apatah lagi dalam perlawanan sebenar.
Ferdinand dalam tweetnya berkata: “Terima kasih Garnacho. Jaringan tercantik musim ini sudah lengkap.”
Thanks @agarnacho7 💥
Goal of the season complete 🚀⚽️@ManUtd— Rio Ferdinand (@rioferdy5) November 26, 2023
Gol tersebut dikaitkan dengan gol Wayne Rooney ketika menentang City. Namun pemain itu dipercayai terinpirasi daripda idolanya iaitu Cristiano Ronaldo pada 2018. Lihat sahaja keraiannya selepas gol itu yang jelas mendedikasikan gol itu buat CR7.
Just like his idol.❤️pic.twitter.com/SexfCjNwpf
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) November 26, 2023
Cara dia mengajuk Ronaldo selepas gol itu memang agak sinonim menggambarkan bahawa gol itu terinspirasi daripada legenda Real Madrid dan Man United itu.
Dia meraikannya dengan keraian Siuuu yang ikonik. Garnacho sendiri masih tidak percaya bagaimana dia boleh meledak gol secantik itu.
“Saya tak percaya sebenarnya. Saya kata: Ya Tuhan,” kata Garnacho kepada Sky Sports.
Dia menambah: “Saya tidak melihat sama ada bola tu sudah gol, saya cuma mendengar sorakan penyokong. Masih lagi di bulan November, namun ia salah satu gol tercantik musim ini.”
🚲 Alejandro Garnacho on his goal: “I can't believe it to be honest. I said: oh my God!”.
“I can't believe it to be honest. I didn’t see how I scored, I just listened to the crowd… it's still November, but probably one of goals of the season”, told Sky Sports. pic.twitter.com/rJD6QuN3Nf
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 26, 2023
Gol itu menjadi penyuntik semangat buat United untuk meneruskan rekod kemenangan mereka. Kali ini mereka menang 3-1 ke atas Everton yang beraksi pertama kali dalam EPL selepas dipotong 10 mata kerana kesalahan FFP.
Dua lagi gol United menerusi Marcus Rashford dan Anthony Martial.
Skuad Erik Ten Hag adalah skuad paling berprestasi tinggi dalam 6 perlawanan terakhir EPL. Mereka turut mencatatkan 4 kemenangan berturut turut di tempat lawan buat pertama kali sejak kali terakhir melakukannya ketika dibimbing Ole Gunnar Solskjaer.
United kembali semula ke landasan persaingan untuk 4 teratas dan masih dalam persaingan kejuaraan liga setelah permulaan yang tidak menentu.